Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

FIZI RAMLI BUAT HAL LAGI & TAK BERTANGGUNGJAWAB !

Fizi Ramli PKR buat hal lagi. Kali ini kononnya hasil daripada Sukuk Bandar Malaysia Sdn, Bhd. (Sukuk BMSB) mungkin tidak digunakan dengan baik.   
Media melaporkan, 1Malaysia Development Bhd telah menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai 'tidak bertanggungjawab' kerana hasil daripada bon Islam telah digunakan dengan baik. 
"1MDB menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan malah, mengesahkan hasil yang diraih oleh BMSB telah digunakan sejajar dengan terma Perjanjian Program Sukuk," katanya dalam kenyataan pada Selasa. 
Hasil itu digunakan untuk membiayai sebahagian kos projek pemindahan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL), fi pra-pembiayaan dan perbelanjaan untuk Program Sukuk, pembiayaan akaun rizab pembiayaan prasyarat dan sebagai modal kerja oleh 1MDB Real Estate Sdn Bhd, yang kini dikenali sebagai TRX City Sdn Bhd. 
Rafizi Ramli dengan sengaja telah mengabaikan kenyataan terperinci yang dikeluarkan 1MDB pada 6 Januari, yang mana tanpa ragu-ragu, menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak akan menjadi isu apabila beliau membangkitkan kebimbangan mengenai sebuah syarikat asing yang mungkin terlibat dalam projek pemindahan semula PUKL, menurut kenyataan itu.

Sambil mengulangi pendiriannya, 1MDB berkata Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM), anak syarikat 100 peratus Lembaga Tabung Angkatan Tentera, adalah dan akan terus menjadi, kontraktor siap guna untuk projek Pemindahan Semula PUKL.

PPHM telah melantik lebih 50 kontraktor Bumiputera yang berkelayakan sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan pelbagai aspek pembinaan dan mereka akan mengekalkan kontraktor yang ditetapkan dan melaksanakan peranan mereka secara eksklusif.

Kontraktor ini telah mendapat kelulusan pihak berkuasa berkaitan dan pembinaan akan diselia oleh pegawai berkaitan daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

"Memandangkan pembinaan akan terus dijalankan oleh kontraktor semasa yang diluluskan, oleh itu, tiada persoalan mengenai sebarang kesan kepada keselamatan negara daripada penjualan oleh 1MDB bagi 60 peratus kepentingannya dalam projek Bandar Malaysia," kata 1MDB - sumber
Bagi MiM, Fizi mungkin akan tergelak kerana pihak 1MDB melayan dakwaan liar beliau. Dan MiM pasti pihak pembangkang bukan mahu jawapannya tetapi sekadar memperalatkan isu 1MDB ini untuk memburuk-burukkan lagi kerajaan BN.

Mereka akan bergayut dengan isu 1MDB ini selama yang mungkin hingga ke PRU14. Dengan membesar-besarkan dan mensensasikan isu ini, rakyat tiada masa untuk mengkritik hasil kerja mereka yang tidak seberapa dan tiada manafaatnya kepada rakyat.

Diversion ini adalah modus operandi Pembangkang. Manakala, menunding jari ke pihak lain adalah darah daging perangai buruk parti chauvinis DAP.


p/s : Kepada Fizi, kenapa takut hingga block twitter saya?





SHARE ke whatsapp :






Related Posts :

ikut berdiskusi pada "FIZI RAMLI BUAT HAL LAGI & TAK BERTANGGUNGJAWAB ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?