Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Pengkalan Kota, Pulau Pinang, YB Lau Keng Ee membuat laporan polis mendakwa keselamatannya diancam oleh seorang lelaki bernama ‘Jackie’ terbongkar pula kisah sebenar di antara mereka berdua itu.
YB Lau dan ‘Jackie’ saling mengenali antara satu sama lain kerana ‘Jackie’ atau nama sebenarnya Chan Swee Teik merupakan aktivis parti di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili ADUN DAP itu.
‘Jackie’ disebut sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jalan C.Y.Choy.
Laman berbahasa Cina, penangheadline.com mendedahkan Lau mengambil rasuah sebanyak RM200,000 daripada Jackie untuk melobi mendapatkan projek perumahan di negeri itu.
Namun, Lau gagal mendapatkan projek itu sedangkan duit rasuah sudah diambil.Media bertarikh 2hb Januari 2016 melaporkan ADUN DAP itu memberi masa 48 jam untuk portal itu menarik balik dakwaan tersebut. Jika tidak, beliau akan saman portal tersebut.
Lau marah dengan dakwaan laman itu dan mengancam akan mengambil tindakan undang-undang jika penangheadline.com gagal mengemukakan bukti - sumber
Tetapi, di saat artikel ini ditulis (6hb Januari 2016), penangheadline.com masih lagi menyiarkan artikel yang memalukan ADUN DAP itu dan tiada kedengaran ADUN DAP itu menyaman portal tersebut.
Kenapa? Takut?
Atau mengharapkan rakyat Pulau Pinang terlupa dengan isu yang menjatuhkan maruah itu?
Lim Guan Eng DAP pula diam membisu.
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "ADUN DAP TERIMA RASUAH?"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?