Syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berhubung perjanjian jual beli yang ditandatangani antara 1MDB Real Estate dengan konsortium Iskandar Waterfront Holdings-China Railway Engineering Corporation sebanyak 60 peratus pegangannya di Bandar Malaysia dengan pengumuman yang dibuat di Bursa Hong Kong.
Jelas 1MDB ia adalah dua perkara yang berbeza di antara penjualan RM7.41 bilion dengan apa yang diumumkan di Bursa Hong Kong sebanyak RM5.28 bilion.
Ia menunjukkan pembangkang tiada isu sehingga sanggup melemparkan tuduhan tidak berasas yang dilihat sebagai usaha melemahkan proses rasionalisasi syarikat tersebut.
“Penilaian yang terkandung dalam pengumuman yang dibuat oleh CREC untuk HKEx tidak merujuk kepada penilaian penjualan tanah, tetapi sebaliknya untuk bahagian mereka anggaran nilai ekuiti bersih projek Bandar Malaysia, berdasarkan andaian tertentu, yang tertakluk kepada rundingan lanjut semasa.
“Penyelesaian adalah bagi tempoh di antara Januari dan Jun 2016. Titik permulaan mana-mana pengiraan nilai ekuiti bersih, adalah jualan penilaian tanah sebanyak RM12.35 bilion, yang mana 60% saham Konsortium bersamaan dengan RM7.41 bilion.
Ini adalah berasaskan mana deposit 10% daripada RM741 juta telah dikira dan dipersetujui oleh semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Matematik mudah :
Menurut kenyataan itu lagi, dalam tempoh ini, pelarasan boleh dibuat kepada penilaian penjualan tanah RM7.41 bilion, bergantung kepada sama ada atau tidak liabiliti Bandar Malaysia tertentu yang berkaitan boleh diserahkan kepada Konsortium contohnya kos kontrak bakinya untuk penempatan semula kemudahan sedia ada dan hutang sukuk Bandar Malaysia.
Perjanjian yang dimeterai antara kedua-dua pihak pada 31 Disember lalu memperuntukkan mekanisme yang mantap dan objektif untuk menentukan, antara lain bagi memastikan semua pihak komited.
“1MDB sekarang memberi tumpuan mengambil langkah yang perlu untuk mendapatkan persetujuan bagi melaksanakan perjanjian yang telah termeterai pada tahun 2015 iaitu bagi penjualan Edra, hutang untuk aset IPIC dan penjualan 60% ekuiti dalam projek Bandar Malaysia.
“Kami berhasrat untuk mengeluarkan kemas kini lanjut mengenai perkara ini dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu lagi - seterusnya
Pemilikan Bandar Malaysia
40% - 1MDB
36% - IWH (22% Lim's Credence Resources Sdn Bhd (LCR) dan 14% Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ).
24% - CREC
Yang menghairankan ialah ada pihak yang mendakwa Lim Kang Ho memegang majoriti Bandar Malaysia Sdn. Bhd. Lim Kang Ho adalah pemegang saham majoriti IWH.
LCR memegang 60% saham IWH dan IWH hanya memegang 36% pemilikan Bandar Malaysia.
Apa pun, pemegang majoriti bagi Bandar Malaysia Sdn Bhd adalah dari Malaysia iaitu 1MDB dan IWH.
Pengarah Projek CREC Cai Zemin mengatakan bahawa:
The Government has a good vision for this plan. They want to build this integrated transportation hub and we think it’s a good idea.Malah, segala putar belit dan pembohongan pembangkang tentang penjualan ekuiti Bandar Malaysia ini menyerlahkan lagi double standard mereka. Mereka tidak bising pula apabila Lim Guan Eng dan kerajaan DAP menjual tanah kepada syarikat Singapura.
Kita juga diharap supaya tidak membuat andaian dan tidak terpengaruh dengan maklumat tidak sahih yang melibatkan 1MDB seperti yang dinyatakan oleh DS Ahmad Zahid Hamidi.
Anda lihat video di bawah :
Untuk rekod, bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran nilai pembangunan kasar bernilai RM150 bilion, dibina sebagai mercu tanda antarabangsa Malaysia yang baru apabila siap kelak
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "1MDB - RM7.41 BILLION ATAU RM5.28 BILLION ?"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?