Sebelum ini, hampir kebanyakan media melaporkan Wan Azizah bersedia untuk bekerjasama dengan perdana menteri tetapi dengan syarat-syarat tertentu.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen pada Isnin, timbalan presiden parti itu berkata beliau telah meminta penjelasan daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai isu itu.
"Saya minta penjelasan dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah hari ini, apa yang dikatakan semalam ialah Keadilan bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa yang komited untuk melakukan perubahan.
"Tiada nama yang dinyatakan," katanya tegas.
Apabila wartawan cuba untuk menjelaskan kenyataan itu dengan Dr Wan Azizah, beliau enggan mengulas lanjut dan berlalu pergi - seterusnyaKita tentu tertanya-tanya dengan sikap Azmin Ali dan Wan Azizah ini. Kenapa ada perbezaan berita tentang perkara ini?
Apakah ianya disebabkan oleh kritikan penyokong-penyokong sendiri yang berasa diri mereka diperbodoh-bodohkan dengan adegan tarik tali kepimpinan PKR? Sekejap lawan sekejap kawan?
Anda baca artikel ini : KLIK SINI
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "WAN AZIZAH ATAU AZMIN ALI YANG BERBOHONG?"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?