Akhbar Sinchew Daily menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti Guan Eng yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan, beliau sepatutnya tidak terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.
“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.
“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.Kenyataan di atas ada benarnya kerana jika kita merujuk kepada Surat Bersumpah Miss P, beliau (atau peguam yang menulis surat itu) begitu mengagung-agungkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dan beliau begitu bangga kerana dapat menjual banglo beliau kepada seorang Ketua Menteri.
Maka, jika Guan Eng DAP bukan Ketua Menteri, apakah Miss P akan tetap menjual banglo beliau sebegitu murah dan sanggup rugi jutaan ringgit?
Logiknya, tidak ada manusia yang sanggup rugi jutaan ringgit apabila menjual hartanah sendiri.
![]() |
Ini cute tapi pedas …. |
Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.
“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.Dalam hal ini, rakyat dan pihak media tidak boleh dipersalahkan untuk memikirkan wujudnya keraguan di dalam proses jual beli banglo No Swimming Pool itu. Malah yang lebih mengejutkan apabila didakwa wujud unsur-unsur pembohongan di dalam Surat Bersumpah Miss P hinggakan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap surat bersumpah beliau.
Anda baca : Satu Lagi Pendedahan Tentang Skandal Banglo LGE
Yang terbaru ialah satu lagi laporan polis telah dibuat tentang Surat Bersumpah Miss P. Lihat video:
Akhbar Kwong Wah pula menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ oleh Oh Tong Keong yang mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.
Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.
“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.
“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.
http://www.utusan.com.my/berita/politik/akhbar-cina-persoal-integriti-guan-eng-1.206494#sthash.5RGzKIVQ.dpufPersoalan yang ditimbulkan oleh akhbar-akhbar bahasa Cina (yang biasanya GuanEng-friendly) ini ada asasnya dan ianya melibatkan perkara utama seseorang yang bergelar pemimpin iaitu integriti. Dan biasanya, isu integriti ini tidak mungkin akan tenggelam begitu mudah dek peredaran masa.
Lebih malang lagi apabila Guan Eng DAP menunjukkan sikap defensif tidak mahu berdepan dengan skandal diri sendiri apabila mula menolak soalan-soalan pihak media. Kita tunggu dan lihat berapa hari Setiausaha Agung DAP ini tidak berani berdepan dengan pihak media.
Dalam masa yang sama, terdapat pendedahan yang membongkar hubungan Miss P dengan Betty Chew dan Guan Eng yang bukan hanya sekadar pemilik dan penyewa sahaja?
Malah, terdapat beberapa dokumen kerajaan negeri tahun 2007 dan memo tahun 2009 yang membuktikan bahawa tanah lapang Taman Manggis adalah sebahagian daripada projek Perumahan Rakyat!
Kerajaan DAP sebelum ini memperbodohkan diri mereka sendiri apabila mendakwa mereka 'tidak tahu tanah lapang Taman Manggis adalah untuk projek perumahan rakyat'.
MiM akan tulis di artikel seterusnya.
Anda baca juga artikel ini : http://novandri.blogspot.com/2016/03/skandal-banglo-2-lagi-hartanah-milik.html
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "GUAN ENG TERTEKAN! LAGI LAPORAN POLIS & AKHBAR BAHASA CINA 'SERANG' SKANDAL BANGLO!"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?