Laporan itu dibuat oleh Wanita dan Pemuda UMNO Pulau Pinang hari ini. Lihat video di bawah:
Dalam masa yang sama, kita telah menyaksikan wayang ahli-ahli parlimen DAP yang sengaja membuat provokasi di dalam dewan parlimen. Walau pun tuan speaker dewan telah membuat keputusannya, Lim Guan Eng dan ahli-ahli parlimen DAP yang lain berterusan menyampuk hinggakan tuan speaker terpaksa menghalau Lim Guan Eng DAP. Manakala ahli-ahli dewan DAP yang lain turut beredar keluar daripada dewan.
Rakyat nampak wayang ini dan kita dapat mengagak bahawa mereka ini gentar dengan pendedahan yang bakal dibuat oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DS Abdul Rahman Dahlan selepas itu.
Dan memang benar, Rahman Dahlan telah mendedahkan 2 dokumen Perjanjian Jual Beli (S & P) berkaitan tanah Fasa 2 projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) di Taman Manggis, Pulau Pinang.
Rupa-rupanya tanah tersebut yang dimiliki sebuah syarikat swasta KLIDC cuba dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM20 juta!
Lihat video di bawah:
Rahman Dahlan akan menyerahkan dokumen ini kepada pihak SPRM untuk disiasat. Beliau juga berkata bahawa dokumen itu turut menyatakan satu pembayaran RM17 juta yang perlu dibayar kepada 4 syarikat yang lain!
Apakah nama 4 syarikat yang terlibat ini? Apakah ada satu lagi skandal di dalam skandal yang sedia ada?
Kita tunggu dan lihat.
Lihat juga video di bawah ini:
Sebelum ini Lim Guan Eng DAP dikritik hebat kerana 'tidak tahu' tanah kontroversi di Taman Manggis itu adalah untuk projek perumahan rakyat. Padahal, isu tanah ini telah dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja, jawapan Lim Guan Eng yang tidak tahu harga pasaran banglo No Swimming Pool milik beliau juga telah dikritik hebat.
Beliau adalah Ketua Menteri, pengerusi hal ehwal tanah negeri dan akuntan bertauliah. Malah, Lim Guan Eng DAP juga memiliki 2 hartanah di Melaka seperti yang MiM dedahkan sebelum ini. Apakah Lim Guan Eng 'tidak tahu' atau 'ingin tahu' harga pasaran 2 hartanah itu ketika beliau membelinya?
Baca : 2 Lagi Hartanah Milik Guan Eng DAP Didedahkan!
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "GUAN ENG , SPRM, VIDEO PENDEDAHAN TERBARU BANGLO & TAMAN MANGGIS ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?