Sebelum ini, Terasa Kok menuding jari kepada pihak media yang kononnya salah petik kenyataan Feng Shuinya. BACA SINI
Hari ini, parti chauvinis DAP sekali lagi menggunapakai taktik murahan ini dengan menyalahkan pihak media dan isunya kali ini ialah arahan supaya ahli DAP tutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang skandal banglo No Swimming Pool. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh bercakap tentang skandal yang memalukan seluruh kepimpinan dan penyokong DAP.
Alasannya kali ini ialah ianya bukan arahan 'tutup mulut' tetapi 'sekadar nasihat' dan ahli DAP bebas untuk bercakap tentang skandal ini. Kita tentu tersenyum atau tergelak apabila melihat tai chi kepimpinan DAP yang semakin kalut dan tidak mampu lagi untuk menutup pekung busuk boss mereka.
Dalam masa yang sama, 'keizinan' yang diberikan ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh pihak dalaman parti DAP yang tidak puas hati dan meluat dengan sikap kuku besi, kronisme melampau dan diktator dinasti Liim . So, bila lagi jika bukan sekarang?
Guan Eng pula mendakwa 'dinasihati' untuk tidak respons lagi tentang skandal banglo Below Market Price milik beliau.
Kita tidak kisah sama ada pihak lain yang 'menasihati' atau Guan Eng yang sebenarnya 'menasihati' diri sendiri supaya tidak lagi respons. Tetapi dalam politik, gag order menunjukkan petanda bahawa pihak itu telah mengaku kalah dan malu besar.
Kita tunggu dan lihat sama ada: 1. Guan Eng DAP akan zip mulut, 'melarikan diri' lagi daripada pihak media serta enggan untuk memberi respons.
2. Guan Eng hanya sekadar bersembunyi di belakang orang lain yang akan bercakap bagi pihak beliau.
3. Atau Guan Eng bertindak sebagai seorang pemimpin yang berdepan sendiri skandal ini secara bermaruah, berani dan gentleman.Yang mana satu pilihan Guan Eng DAP?
Dan amat memalukan jika Lim Guan Eng DAP sendiri sudah tidak berani lagi menjawab dan memberi respons terhadap skandal beliau sendiri.
Malah, di manakah maruah beliau jika hanya sekadar bersembunyi di belakang orang lain yang akan bercakap bagi pihak beliau?
Itu tidak gentleman namanya, sangat memalukan serta mendatangkan rasa sinis dan ragu rakyat terhadap integriti Setiausaha Agung DAP itu.
Kita faham bahawa kebanyakan alasan kroni tegar Kit Siang DAP ini telah backfired dan menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Bila nama Guan Eng disebut sahaja, rakyat secara automatik akan terfikir tentang No Swimming Pool, Below Market Price, 'saya bukan agen hartanah' dan beberapa lagi gelaran yang amat memalukan.
Rakyat dan pihak media termasuk media sosial tidak boleh dipersalahkan kerana segala jawapan pelik dan lawak ini adalah hasil benak fikiran Setiausaha Agung DAP itu sendiri. So yang perlu dipersalahkan ialah Guan Eng sendiri.
Dalam masa yang sama, jika pihak ini adalah pemimpin BN, MiM yakin ahli-ahli parlimen Pembangkang dan DAP akan beramai-ramai memegang spanduk bertulis #NoSwimmingPool atau #BelowMarketPrice di dalam dewan parlimen seperti yang mereka lakukan selepas DS Najib Razak membentangkan bajet 2016 pada 23 Oktober 2015.
MiM nasihatkan, jika Guan Eng dan DAP mengharapkan agar skandal Banglo dan Taman Manggis ini akan tenggelam dek masa, mereka perlu bangun daripada lamunan.
Skandal ini tidak mungkin akan tenggelam tiada panasnya lagi dek masa! And more to come!
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "BERANIKAH GUAN ENG? 3 PILIHAN DALAM SKANDAL BANGLO!"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?