'Tai Chi' terbaru beliau ialah apabila beliau mengeluarkan satu lagi kenyataan yang cuba mendakwa kononnya skandal ini satu 'character assasination'.
Seperti biasa, kroni tegar Lim Kit Siang ini menyalahkan BN, tektik lumrah menuding jari DAP apabila tersepit dengan skandal. Padahal isu ini adalah isu integriti dan moral yang dipersoalkan rakyat, malah ADUN DAP sendiri!
Rakyat juga tahu bahawa Lim Guan Eng sendiri yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang putar belit, terpalik ke muka beliau dan menjadi bahan jenaka rakyat.
Di antara alasan terbaru pemilik banglo No Swimming Pool Below Market Price ini,
pembelian rumah saya pula telah memperlihatkan tahap ketelusan dan akauntabiliti serta amalan tender terbuka, malah saya membuka pintu rumah saya untuk tatapan pihak media.Persoalannya, bila masanya banglo No Swimming Pool ini dibeli secara 'tender terbuka'?
Bukankah ianya dibeli berdasarkan 'willing buyer and willing seller' atau ibarat 'perkahwinan' seperti alasan Setiausaha Agung DAP itu?
Lim Guan Eng DAP juga telah menuduh kononnya BN berbohong yang beliau 'tidak tahu nilai banglo No Swimming Pool itu sedangkan beliau telah menandatangani perjanjian jual beli dan membayar duti setemnya'.
Beliau menulis di antaranya, 'dengan 'jujur' berkata bahawa tidak tahu banglo bernilai RM6.5 juta kerana beliau Ketua Menteri dan bukan ejen hartanah'.
Entah apa yang jujur pun kita tidak tahu. RM 6.5 juta hanya sekadar anggaran sahaja. Dan jika beliau benar-benar jujur, beliau yang sepatutnya menerangkannya pada awal lagi dan bukannya beberapa hari selepas itu. Dan beliau sendiri yang mesti mendedahkan dokumen jual beli serta nilai duti setem banglo tersebut dan bukan didedahkan oleh pihak ketiga!
Dan Lim Guan Eng mengaku pula yang beliau tahu penilaian duti setem banglo No Swimming Pool di Jalan Pinhorn berjumlah RM4.2 juta!
Jadi sekarang, beliau tahu pula! Jika tahu, kenapa tidak diterangkan sejak dari awal lagi?
Malangnya, pengakuan terbaru ini menimbulkan banyak soalan baharu. Apakah kenyataan Guan Eng ini juga bermaksud bahawa beliau sebenarnya tahu nilai harga pasaran banglo itu jutaan ringgit lebih tinggi semasa membelinya daripada Miss Phang?
Kerana jika kita rujuk Surat Bersumpah, Miss Phang mengaku tidak tahu harga pasaran banglo beliau. Maksudnya, Guan Eng buat-buat bodoh tidak memberitahu Miss Phang kerana mahu keuntungan melampau bila membeli banglo itu?
Benarkah?
Jika benar, apakah Lim Guan Eng sebenarnya telah mempergunakan status jawatan Ketua Menteri beliau untuk mendapatkan banglo yang harganya jauh lebih murah daripada harga pasaran?
![]() |
Harga pasaran banglo Lim Guan Eng : RM4,27 juta |
Di dalam Surat Bersumpah, Miss Phang ibarat mengagung-agungkan dan terlalu percaya kepada Lim Guan Eng yang berstatus Ketua Menteri. Tetapi benarkah anak Lim Kit Siang DAP ini tidak ada keinginan untuk memberitahu harga pasaran banglo yang sebenarnya?
Di manakah moral Guan Eng DAP ketika itu seperti yang dinyatakan oleh ADUN DAP sendiri?
Dari segi moralnya, individu yang berjawatan tinggi ini sepatutnya berterus-terang kepada pemilik banglo itu dan tidak akan membelinya jika terdapat perbezaan harga banglo yang sangat ketara.
Untuk rekod, pembeli perlu membayar duti setem untuk memorandum pemindahan dan ianya dikira berdasarkan nilai pasaran atau harga beli hartanah itu, yang mana lebih tinggi.
Yang terbaru, satu laporan polis telah dibuat terhadap Miss Phang supaya siasatan diadakan mengenai motif Miss Phang menyewakan banglo tersebut dengan kadar yang rendah iaitu RM5k sahaja sedangkan beliau terpaksa membayar ansuran banglo itu sebanyak RM11k.
Lihat video di bawah:
Satu lagi pendedahan yang dibuat oleh Dato' Rahman Dahlan ialah dokumen-dokumen berkaitan pembelian banglo No Swimming Pool ini bukan diperolehi daripada BN tetapi daripada pihak DAP dan PKR!
Apakah sudah ada pihak dalaman DAP yang turut bangkit mendedahkan skandal boss mereka? Apakah tindakan mereka itu sebagai balasan kerana hak mereka untuk menjawat jawatan Ketua Menteri telah dicabul?
Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab oleh Lim Guan Eng. Dalam masa yang sama, taktik menyalahkan parti lawan atau bersembunyi dibelakang isu-isu semasa negara juga sudah tidak laku lagi dalam skandal ini.
Rakyat mahukan jawapan yang sebenarnya.
ikut berdiskusi pada "TERKINI ! SATU LAGI PENDEDAHAN SKANDAL BANGLO DISKAUN GUAN ENG DAP! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?