Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

TUN MAHATHIR MASUK BALIK UMNO …..

Media melaporkan kenyataan DS Ahmad Zahid Hamidi yang berkata beliau menghormati keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk keluar daripada UMNO.
Tetapi beliau berharap bekas presiden parti itu mempertimbangkan semula keputusannya itu.
"Saya menghormati secara peribadi keputusan dan segala yang diputuskan Tun Dr Mahathir. Namun saya fikir beliau akan tentunya pertimbangkan semula keputusan itu bila tiba masanya kelak," kata Zahid - seterusnya
"Saya yakin sebagai salah seorang perdana menteri yang terlalu lama memerintah beliau (Mahathir) tentunya maklum adanya beliau sebagai perdana menteri disebabkan sokongan daripada ahli Umno," katanya
Ditanya tindakan Tun Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada parti, Zahid, yang juga menteri dalam negeri, berkata Umno perlu kukuh bersatu untuk terus mendapat sokongan rakyat - seterusnya
Untuk rekod, Dr Mahathir dipecat keahlian parti sekali dan keluar parti UMNO sebanyak 2 kali. 

Beliau dipecat daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969, selepas pengedaran umum suratnya kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.

Dan apabila Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik oleh bapa DS Najib Razak sebagai senator pada tahun 1973.


Dr Mahathir keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana mendakwa hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi . Bagaimanapun pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir kembali menyertai UMNO semasa kepimpinan DS Najib Razak.

Kita sudah menjangka Tun Mahathir akan keluar parti UMNO juga akhirnya setelah sekian lama tidak dapat mengoncang kepimpinan DS Najib Razak dari dalam.

Tetapi dalam masa yang sama, impak yang terhasil dek persengkatan sesama pemimpin ini sudah pasti akan tercalik kepada parti UMNO, ahli-ahli akar umbi dan jentera parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan parti dan menghormati semangat mengkritik parti melalui platform dalaman parti.

Mana perginya, kepimpinan melalui tauladan?

Dari segi politik, isu dalam parti UMNO ini pasti akan menyebabkan Lim Guan Eng dan DAP menarik nafas berasa lega. Ianya kerana permasalahan autokratik dan double standard kroni tegar Kit Siang DAP yang memecat 2 ADUN PKR daripada jawatan GLC kerajaan DAP, tidak lagi menjadi perbualan ramai. 

Begitu juga dengan sengketa di antara DAP dan PKR yang tercetus dek isu pemecatan ini.

Padahal, isu ini sangat penting yang menyerlahkan sikap kuku besi serta big boss parti DAP dan betapa hinanya parti pembangkang lain di mata parti chauvinis itu.

Dalam masa yang sama, jika parti UMNO rosak, yang bakal hilang tempat berteduh ialah kaum Melayu, Bumiputera, ahli-ahli biasa akar umbi dan jentera parti yang selama ini tidak hilang jemu 24 jam 7 hari mempertahankan parti UMNO dan kerajaan BN.

Tetapi kita optimis. Parti UMNO telah mengharungi pelbagai permasalahan dan isu dalaman parti yang akhirnya dapat diselesaikan serta membuatkan parti UMNO bertambah kuat dan disokong oleh rakyat. 

Sekarang ialah masa untuk kepimpinan UMNO tertinggi merapatkan kembali barisan terutamanya jentera partinya. Jangan tunggu dekat PRU14 sahaja. Ini wajib!   



SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "TUN MAHATHIR MASUK BALIK UMNO ….. "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?