Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

TUN M & DEMO GST 3 APRIL : LIM KIT SIANG PERLI ANAK SENDIRI LIM GUAN ENG ? #RespectMyPM

MiM merujuk kepada kenyataan media Majlis Presiden Pembangkang Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang DAP. Selain daripada menempelak Tun Mahathir, mereka juga menjelaskan tujuan mengadakan perhimpunan GST pada 3hb April ini.
Kononnya mereka mahu 'memperjuangkan' isu-isu seperti GST, menghentikan kenaikan cukai, levi dan yuran yang dikenakan kerajaan dan kenaikan tarif.

Ironinya, apabila mereka memperkatakan isu kenaikan tarif dan cukai, mereka seperti secara tidak langsung memperli kerajaan DAP di bawah Lim Guan Eng DAP. 

Realitinya, rakyat Pulau Pinang berdepan dengan pelbagai kenaikan cukai, caj air, kadar sewaan gerai dan pelbagai lagi yang menyusahkan mereka. 
DI sebalik desakan pelbagai pihak sebelum ini supaya Kerajaan DAP Pulau Pinang menarik balik cadangan mengkaji tarif air, pengguna domestik di negeri ini tetap berdepan kenaikan caj itu pada purata sebanyak 16.7 peratus berkuat kuasa 1 April 2015.  
http://www.utusan.com.my/berita/politik/tarif-air-pulau-pinang-naik-16-7-peratus-1.71527#sthash.ZkhTtTw4.dpuf  
Hipokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang terserlah apabila menambahkan beban rakyat dengan tambahan cukai katil.
Kerajaan DAP Pulau Pinang memperkenalkan cukai katil atau bayaran kerajaan tempatan kepada semua pengunjung yang menginap di semua jenis hotel di negeri ini sejak 1 Jun 2014. Cukai sebanyak RM3 satu bilik bagi satu malam untuk mana-mana hotel bertaraf empat bintang dan lima bintang, manakala RM2 satu bilik bagi satu malam untuk hotel tiga bintang. 
http://www.tv14.my/2014/06/10/cukai-katil-pulau-pinang-dipertikaikan/
Cukai pintu juga telah dinaikkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang walau pun ada pengecualian cukai pintu untuk tahun 2016 kepada penghuni-penghuni rumah kos rendah dan kos sederhana rendah.
Pemilik rumah dan premis perniagaan di negeri ini terpaksa membayar kadar cukai pintu baharu yang lebih tinggi selepas Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat keputusan untuk menaikkannya pada tahun hadapan (2015). 

http://www.utusan.com.my/berita/politik/kerajaan-dap-pulau-pinang-naikkan-cukai-pintu-tahun-depan-1.28873#sthash.HmXYJKm6.dpuf
Kerajaan DAP negeri juga telah menyusahkan peniaga-peniaga kecil dengan menaikkan kadar sewaan gerai Medan Selera dan juga tapak niaga pasar awam sebanyak 100 peratus. 
http://novandri.blogspot.com/2014/11/memalaukan-kerajaan-dap-flip-flop.html
Begitulah sikap hipokrit dan double standard Pakatan Pembangkang yang memperbodoh-bodohkan IQ rakyat Malaysia.

Dan kononnya mereka mahu 'selamatkan negara'. 'Selamatkan negara' daripada apa, Lim Kit Siang? 

Sedangkan di Pulau Pinang sendiri, ramai penduduk kena halau dan kampung hilang dirobohkan. Yang itu pun tidak mampu diselamatkan. Gerai-gerai peniaga Melayu pun dirobohkan. 

Kononnya kerajaan DAP ada kempen hijau untuk menjaga persekitaran. Padahal, sesiapa yang melalui jambatan Pulau Pinang akan dapat menyaksikan bukit yang telah digondolkan dan berlaku pencerobohan tanah! 
Yang ini pun tidak terurus, ada hati Kit Siang bercakap tentang 'selamatkan negara'!  

Selamatkan Pulau Pinang dahulu daripada kerosakan kerajaan DAP negeri, Lim Kit Siang!




  
SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "TUN M & DEMO GST 3 APRIL : LIM KIT SIANG PERLI ANAK SENDIRI LIM GUAN ENG ? #RespectMyPM"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?