Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

SATU LAGI KOMPLOT JATUHKAN PM NAJIB RAZAK DIDEDAHKAN !!

Media telah melaporkan kenyataan Timbalan Menteri, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi tentang satu komplot jenayah yang berlaku di negara kita ini. 
Ancaman keselamatan ini adalah benar, nyata dan berterusan.
Menurutnya, serangan kumpulan pengganas ke atas Malaysia boleh berlaku bila-bila masa sekiranya kegiatan kumpulan-kumpulan terbabit tidak dibanteras atau dibendung sedari awal.

Umpamanya cubaan untuk menculik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan beberapa pemimpin lain oleh kumpulan militan Da’esh tahun lalu.

“Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Da’esh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berhubung kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggagalkan plot rancangan serangan kumpulan pengganas itu di negara ini.

Sehingga 25 Februari 2016, polis katanya, telah berjaya menahan 160 suspek yang disyaki terlibat dengan kumpulan Da’esh termasuklah mereka yang terlibat dalam perancangan untuk melakukan serangan di Malaysia.

Menurutnya, kegiatan kumpulan Da’esh ini dilihat begitu ketara bagi tempoh antara September 2014 hingga Mei suspek IS ditahan bersama bahan letupan2015 dengan polis berjaya mengesan empat perancangan melakukan serangan di Malaysia. 
Antaranya ialah serangan ke atas beberapa lokasi di Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan rumah-rumah ibadat dan tempat-tempat tumpuan orang ramai.

“Untuk menjayakan serangan tersebut dan menyemarakkan kegiatan mereka, mereka merancang untuk merompak senjata api dari kem tentera, menghasilkan bahan letupan dan melakukan rompakan wang tunai.

“Kesemua rancangan serangan ini telah berjaya dikesan dan dipatahkan hasil daripada tindakan yang cekap dan cepat oleh pihak polis,” katanya. 
Isu keselamatan dalam negeri tegasnya bukanlah semata-mata di bawah tugas dan tanggungjawab Cawangan Khas sahaja tetapi tanggungjawab itu dipikul bersama dengan cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian lain di dalam PDRM

“Melihat kepada perkembangan ancaman kumpulan pengganas Daesh ini, tindakan bersepadu yang bersifat holistik telahpun dilaksanakan sekarang iaitu mengadakan kerjasama dari segi perkongsian maklumat dengan agensi-agensi perisikan luar negara khususnya negara-negara ASEAN, memasukkan nama mereka yang disyaki ke dalam Senarai Syak (Suspect List) bagi menyekat pergerakan mereka di semua pintu masuk atau keluar pemeriksaan imigresen di seluruh negara serta merancang untuk melaksanakan Advanced Passenger Screening System (APSS) yang merupakan saringan awal ke atas pelancong untuk memasuki negara ini sebelum berlepas daripada negara asal,” tambahnya - sumber
MiM salute kepada pihak polis kerana berjaya mengekalkan keselamatan negara. Alhamdulillah. Walau pun pihak keselamatan sering diburuk-burukkan oleh puak Pakatan Pembangkang tetapi mereka tetap mengekalkan tahap profesionalisme mereka. Tahniah!

Untuk rekod, Daesh adalah gelaran yang diberi kepada puak militan Gelaran Islamic States (IS) atau Negara Islam. Keganasan militan ini sudah pasti  mencemarkan nama baik Islam dan tidak layak dikaitkan dengan nama Islam  

Daesh adalah akronim kepada al-Dawla al-Islamiya fil Iraq wa al-Sham, iaitu nama kumpulan dalam bahasa Arab. Dan ancaman puak pengganas ini adalah sangat benar dan telah terbukti.

Yang lebih mengecewakan ialah sikap dangkal sesetengah pihak yang memperlekehkan pendedahan DS Ahmad Zahid Hamidi ini. Mereka ini terlampau taksub hingga kurang waras untuk menerima perkara ini. 

Sebenarnya mereka juga telah menghina pihak polis Di-Raja Malaysia yang berjaya menjaga keselamatan negara ini. 

Pelbagai andaian dan tuduhan yang mereka lontarkan, seolah-olah mereka ini lebih tahu daripada pihak keselamatan yang berdepan dengan realiti isu besar ini. Apakah mereka mahu keganasan benar-benar berlaku dahulu di Malaysia ini barulah mereka mahu percaya?

MiM yakin jika ianya berlaku, mereka akan menghina pihak polis pula kerana 'tidak efesien'! Inilah perangai buruk puak Pembangkang yang kita sudah sedia maklum.

Kedangkalan puak-puak ini mengingatkan kita kepada tuduhan tidak berasas Nurul Izzah terhadap pihak keselamatan sebelum ini. 

2 x 5 nampaknya. Shame!  




SHARE ke whatsapp :







Related Posts :

ikut berdiskusi pada "SATU LAGI KOMPLOT JATUHKAN PM NAJIB RAZAK DIDEDAHKAN !! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?