Apabila kita perhatikan isu banglo ini, terdapat satu laporan bulan September 2012. Di antaranya:
Siasatan mendapati, Cik P membeli banglo itu dengan harga RM2.5 juta dan membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk pengubahsuaian dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 - seterusnyaPemilik asal banglo ini membelanjakan RM3.5 juta untuk banglo tersebut tetapi banglo itu dijual hanya RM2.8 juta kepada Guan Eng DAP?
Logikkah?
Yang terbaru, YB Datuk Shabudin Yahaya tidak mahu melayan jemputan Lim Guan Eng untuk berjumpa beliau bagi menunjukkan bukti dakwaannya berhubung amalan rasuah dalam pembelian rumah di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.
Sebaliknya, Shabudin berkata pihaknya mahu Lim bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan terhadap isu berkenaan dan penjualan tanah kos rendah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, George Town.
Katanya sebagai seorang ahli politik veteran dan ketua menteri, Lim sewajarnya bertindak lebih matang dengan menyerahkan isu ini untuk disiasat pihak berkuasa kerana institusi inilah yang mempunyai bidang kuasa menilai, menyiasat dan membuat keputusan - sumberIsu jemputan Lim Guan Eng ini juga telah dibidas oleh ramai pihak. Lim Guan Eng sepatutnya memberi penjelasan berhubung isu banglo diskaun ini di parlimen.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Lim wajar membuat penjelasan secara ‘gentleman’ di Parlimen kerana minggu depan akan bermulanya penggulungan di mana beliau (Lim) boleh mencelah dengan memberi penjelasan berhubung pembelian rumah berkenaan yang jauh lebih rendah berbanding nilai pasaran semasa.
“Saya hairan kenapa Lim mahu mencabar Shabuddin pada Ahad ini, yang sepatutnya beliau (Lim) patut memberi penjelasan di Parlimen yang akan bersidang Isnin ini,” katanya - sumberSatu lagi perkara yang didakwa oleh Lim Guan Eng DAP tentang isu Banglo Diskaun ini ialah Jawatankuasa Tender Kerajaan Negeri tidak dipengerusikan oleh beliau tetapi dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sejauh manakah dakwaan Lim Guan Eng ini dapat menyakinkan rakyat yang beliau benar-benar 'tiada kaitan' dalam urusan kerajaan di bawah beliau sendiri?
Anda rujuk laporan di bawah:
Sebagai salah seorang Peguam Kes Mantan MB Selangor (Adzly)
Saya menegaskan bahawa:
PART 1
“Rumah yang tidak siap (Kes Dr Khir) dengan Rumah tidak ada swimming pool (kes LGE) adalah fakta yang sangat berbeza”
“Rumah (Kes Dr Khir) nama pada geran tanahnya dan pinjaman perumahan bank di letakkan atas nama Dr Khir dan isteri manakala rumah LGE diletakkan hak atas nama beliau sendiri”
Pada pendapat saya SPRM mempunyai rangkaian bukti yang kukuh untuk kes di syorkan untuk pendakwaan.
Berkongsi sedikit pengalaman…
Meneliti kes Mantan MB Selangor Dr Khir dan Kes pembelian rumah LGE.
PART 2
“Definisi MB/CM sebagai “Penjawat Awam” telah dibahas dengan teliti oleh Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Mahkamah Persekutuan (dulu dikenali sebagai Mahkamah Agung) telah memutuskan bahawa MB/CM adalah penjawat awam walaupun beliau duduk pada ketika itu sebagai fungsi Pengerusi Syarikat milik Kerajaan Negeri.
Di dalam Kes LGE, beliau sendiri sebagai CM mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri.
Rakyat sudah maklum bahawa CM atau MB mempunyai banyak pengaruh dan kuasa di dalam membuat keputusan dalam mesyuarat Exco Negeri.
Dari pengalaman saya… LGE pasti akan memberi alasan bahawa keputusan melulus dan menukarkan status tanah dari rumah kos rendah (disebut sebagai “tanah tersebut”) kepada projek komersial dan di awardkan kepada syarikat (yang di katakan ada kaitan dengan pemilik rumah) telah diluluskan oleh exco kerajaan negeri dan bukan beliau sendiri.
Saya berpendapat alasan ini merupakan satu alasan pembelaan yang amat lemah.
Perlu diingatkan bahawa LGE telah menyewa rumah tersebut lebih 7 tahun yang lepas dan sudah tentu mengenali siapa Tuan Rumah tersebut.
“SPRM wajib menyiasat adanya dakwaan bahawa Tuan Rumah tersebut mempunyai kaitan dengan syarikat yang membeli tanah pembangunan komesial ini”
akan bersambung… Seksyen 165 Kanun Keseksaan… - sumber
![]() |
Akta 165 |
Untuk rekod, media melaporkan bahawa pada 3 Julai 2009, Guan Eng telah berpindah dari Seri Teratai ke banglo diskaun Jalan Pinhorn di atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.
Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baru itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah.
Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya.
Memandangkan pemiliknya ingin menduduki rumah itu suatu masa nanti, Guan Eng bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan hak peribadi pemiliknya - seterusnyaSekarang kita sudah tahu pemilik asal banglow diskaun Guan Eng DAP dan gadis itu tidak pun 'menduduki rumah itu suatu masa nanti'!
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "PEGUAM DEDAHKAN LAGI ISU SKANDAL BANGLO DISKAUN LIM GUAN ENG DAP! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?