Ironinya, Lim Guan Eng DAP begitu cepat menjawab usaha PAS ini! Dan seperti dijangka, kroni tegar Lim Kit Siang ini memperli dan menghina PAS.
"Ia tidak akan menjadi bermakna jika mereka gagal untuk membawa perubahan kepada rakyat memandangkan apa yang mereka lakukan di Kelantan di mana mereka tidak dapat menyediakan tadbir urus yang baik, "katanya seterusnyaKenapa Guan Eng DAP begitu berminat dengan pelan PAS ini sedangkan banyak lagi ketidakefesienan, skandal dan kezaliman kerajaan DAP negeri yang masih belum dijawab?
MiM menjangka tindakan Lim Guan Eng yang mengutuk kerajaan PAS negeri ialah agar kepimpinan PAS melenting dan mendedahkan nama 'parti pelbagai bangsa' itu tanpa perlu menunggu kenyataan rasmi kepimpinan PAS. Apakah Guan Eng DAP risau kerana sebelum ini beliau telah memecat 2 ADUN PKR daripada jawatan GLC kerajaan DAP negeri?
ADUN Chin Wen PKR dipecat jawatan pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd. ADUN Kah Peng PKR pula ditamatkan jawatan pengarah Perbadanan Bukit Bendera.
Dalam masa yang sama, DS Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan PAS yang mahu menubuhkan satu lagi pakatan baharu itu menunjukkan bahawa parti PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP selama berada dalam pakatan pembangkang.
"Harap rakyat sedar DAP tidak lebih daripada parasit dan anai-anai yang meruntuhkan sistem demokrasi negara" - seterusnyaRakyat juga tahu bahawa parti itu anti-Islam, anti-Melayu, rasis dan korup.
Sebelum ini juga, MiM telah menerangkan bahawa realitinya, dasar parti DAP terang-terangan telah menggariskan :
Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnikdan
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'Bukankah terdapat beberapa Perkara termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang dipertikai oleh dasar parti DAP?
Dan bagaimana pula dengan dasar parti DAP di bawah?
Pengembalian pilihanraya majlis tempatanUntuk rekod, pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan DUN Pulau Pinang pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.
'Perjuangan' DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan dilihat sebagai mencabar keputusan mahkamah, sekali gus menentang Perlembagaan negara.
Malangnya, sehingga ke hari ini, point 'pengembalian pilihanraya majlis tempatan' masih lagi termaktub di dalam dasar parti DAP walau pun Mahkamah telah memutuskan ianya bertentangan dengan Perlembagaan.
Mana ROS?
Dan kepada Lim Kit Siang dan Guan Eng …….. perbetulkan parti DAP itu dahulu!
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "PAS DIHINA LAGI, DAP PARASIT & ANAI-ANAI PEROSAK ….. "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?