Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

MANA MAHU LETAK MUKA? ADUN PAKATAN DIMALUKAN KERAJAAN DAP !!

Anda baca laporan ini: 
Lim Guan Eng mula menunjukkan taringnya sebagai Ketua Menteri yang hanya mementingkan rakan dalam partinya sahaja apabila melantik Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada penduduk Pulau Pinang kerana dilihat menghina kewibawaan ADUN yang sedia ada di Pulau Mutiara itu. 
ADUN Pulau Betong, Datuk Farid Saad yang melahirkan kekecewaannya dengan tindakan Guan Eng melantik orang luar daripada negeri itu sekali gus menunjukkan beliau juga menolak semua ADUN Pakatan Harapan dan menyifatkan mereka tidak layak untuk mengisi jawatan berkenaan. 
“Kita ada 10 orang BN, tetapi kerajaan negeri ada 30 orang daripada Pakatan Harapan. Kalau ditolak Exco, yang lain adalah layak untuk mengisi jawatan berkenaan.

Takkanlah daripada 30 orang ADUN, seorang pun tidak layak menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendara. GLC ini di bawah Pulau Pinang. Kenapa nak ambil orang luar pulak mai ke Pulau Pinang?” soal Farid.

Tambah Farid lagi, pelantikan itu mencerminkan sikap ketua menteri yang tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang menentang dasar yang dibawa DAP demi mencapai kepentingan peribadi beliau.

“Kalau dulu … mereka (kerajaan DAP) menyatakan BN ini rasuah, kroni dan sebagainya. Hari ini terserlah mereka lebih teruk lagi. Tidak pernah dalam kerajaan negeri sebelum ini pun melantik orang luar. Ini menunjukkan memang sikap kroni itu menebal dalam DAP, dia (Guan Eng) pilih apa yang dia suka sahaja,” katanya.

Pelantikan tersebut juga mendapat reaksi negatif Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan yang menyifatkan Guan Eng seolah-olah tidak langsung mengiktiraf keupayaan anak jati negeri.

Guan Eng sebelum ini sanggup memecat pemimpin tempatan daripada PKR iaitu ADUN Bukit Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng untuk digantikan dengan orang luar.

“Bagi saya lantik orang luar seolah-olah mengecilkan kewibawaan ADUN di Pulau Pinang (terutama PH). Ini dianggap sebagai penghinaan kepada ADUN Pulau Pinang. Anthony Loke tu siapa, dia orang luar,” katanya lagi.

Difahamkan, Anthony sudahpun diberitahu mengenai pelantikan melalui Guan Eng sendiri - sumber
Inilah perangai buruk Kerajaan DAP negeri! Kita tunggu dan lihat kesudahan isu ini.

Dalam masa yang sama, satu surat yang dikatakan daripada AMK Pulau Pinang telah viral di dalam media sosial. Surat itu meminta agensi dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang supaya 'menghentikan segera perobohan penjaja jalanan'.

Lihat di bawah:
Rasanya, tindakan AMK Pulau Pinang ini sudah terlambat dan tidak akan dipedulikan oleh kerajaan DAP negeri. Realitinya, siapalah mereka yang mahu menegur kerajaan DAP negeri.

Malah, isu 2 ADUN PKR yang dipecat jawatan GLC negeri oleh Lim Guan Eng DAP pun tidak mampu dipertahankan oleh Azmin Ali dan PKR.

Tetapi bagus juga kerana mereka baru tersedar dan insaf tentang kezaliman kerajaan DAP negeri.

Apakah tindakan AMK Pulau Pinang seterusnya?

Tiada yang magik, mereka akan dizip mulut tanpa ada apa-apa perubahan. Shame!




SHARE ke whatsapp :









Related Posts :

ikut berdiskusi pada "MANA MAHU LETAK MUKA? ADUN PAKATAN DIMALUKAN KERAJAAN DAP !! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?