Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

AHLI - AHLI PARLIMEN DAP MENGAMUK DALAM PARLIMEN!

Kerajaan DAP di Pulau Pinang ditempelak dalam Dewan Rakyat hari ini. Dan juga menyebabkan ahli-ahli parlimen DAP mengamuk. 
Kerajaan DAP negeri gagal mematuhi standard spesifikasi keluasan lantai pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) seperti yang digariskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata dalam panduan Standard Industri Pembinaan (CIS) menetapkan keperluan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air. 
“Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang membenarkan pemaju untuk membina RMM dengan spesifikasi minimum tiga bilik tidur dan satu bilik air,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) di Dewan Rakyat hari ini. 
Beliau berkata projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang dijual pada harga RM300,000 menawarkan keluasan lantai 1,500 kaki persegi dan projek Perumahan Rumah 1Malaysia (PR1MA) pula dijual dengan harga RM400,000 bagi keluasan lantai 1,200 kaki persegi. 
“Kerajaan negeri Pulau Pinang menjual rumah berharga RM400,000 pada keluasan hanya 900 kaki persegi dengan kebenaran membina rumah hanya dengan tiga bilik dan satu bilik air,” katanya.
Dalam masa yang sama, Rahman Dahlan juga mendedahkan,
"Realitinya yang menentukan harga maksimum RM400,000 adalah ditentukan oleh kerajaan negeri DAP di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bagan, bukan kerajaan persekutuan. 
"Kerajaan persekutuan tidak pernah bersetuju rumah mampu milik di Pulau Pinang ditentukan RM400,000. Ini adalah keputusan kerajaan negeri," katanya - seterusnya
Pedas kenyataan Rahman Dahlan itu. MiM juga difahamkan bahawa kerajaan DAP negeri yang memaklumkan kepada Majlis Perumahan NEGARA tentang lingkungan harga rumah tersebut. Tetapi mesyuarat tidak bersetuju dan perlu dibincangkan dan diperhalusi lagi. 

Dan ahli parlimen DAP menempelak diri sendiri kononnya hanya 'ditujukan' kerajaan DAP negeri sahaja. Realitinya, kerajaan DAP memang patut dipersoalkan dan memang banyak lagi isu tentang kerajaan DAP dan parti DAP yang perlu dijawab.

Lihat video di bawah: 


Cuma yang perlu diperhatikan ialah bagaimana ahli-ahli parlimen DAP bangkit cuba mempertahankan boss mereka, Lim Guan Eng DAP. Kita harapkan agar selepas ini kesemua ahli parlimen BN bangkit mempertahankan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika cuba diserang oleh ahli-ahli pembangkang .

Kita tunggu dan lihat cara Lim Guan Eng menghadapi pendedahan oleh Datuk Rahman Dahlan ini. Janganlah pula Guan Eng hantar orang lain untuk menjawab atau pun mengenengahkan isu lain pula. 

Atau pun Lim Guan Eng cuba menjawab kenyataan Rahman Dahlan dengan menimbulkan persoalan lain. Soalan dijawab dengan soalan lain.  

Atau pun kroni tegar Lim Kit Siang ini akan menggunakan tektik lumrah mereka iaitu buy time dengan mencabar Rahman Dahlan 'mengulangi kenyataan beliau itu di luar parlimen', mahu menyaman beliau dan bla bla bla.

Tetapi jika kaedah ini yang mahu digunakan, MiM sarankan kepada Lim Guan Eng supaya menyelesaikan dahulu isu mahu saman berkenaan parti DAP yang menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel.
Laporan bertarikh 2 Januari 2016 mengatakan bahawa 'peguam DAP akan mula prosiding dalam satu atau 2 hari (3 - 4 Januari 2016). 

Untuk pengetahuan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang …….. sekarang sudah bulan APRIL 2016! 

Apa sudah jadi?



SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "AHLI - AHLI PARLIMEN DAP MENGAMUK DALAM PARLIMEN! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?