Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

3 SPIN GUAN ENG DAP TENTANG BANGLO DISKAUN & TAMAN MANGGIS ! #BangloDiskaun

Lim Guan Eng DAP in hot soup! Inilah yang diperkatakan oleh rakyat apabila isu banglo NO Swimming Pool Jalan Pinhorn milik Guan Eng menjadi sangat panas dan menimbulkan pelbagai persoalan yang juga mempertikaikan konsep C.A.T yang selalu diwar-warkan oleh kroni tegar Lim Kit Siang itu.
Alasan Lim Guan Eng bukan sahaja menambahkan tandatanya tetapi juga menjadi bahan jenaka rakyat. No swimming pool atau banglo 40 tahun atau ibarat perkahwinan telah menjadi viral dan sudah pasti akan melemaskan Setiausaha Agung DAP itu.

Hastagh #NoSwimmingPool dan #BangloDiskaun juga telah viral di dalam media sosial. 

YB Dato' Shahbudin Yahya disarankan supaya tidak menghadap Lim Guan Eng. MiM merujuk kepada kenyataan DS Zainal Abidin Osman. Di antaranya:

Lim Guan Eng tidak sepatutnya mencabar YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka dengan beliau di Komtar pada Ahad ini untuk membuktikan apa yang diucapkan oleh YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen semalam. 
Setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sudah lama menggugurkan budaya politik jalanan yang menjadi amalannya sebelum menjadi Ketua Menteri. 
Sebaliknya, Lim Guan Eng sepatutnya menggesa SPRM dan Polis segera menyiasat dengan teliti segala laporan dan dakwan yang dibuat terhadapnya untuk membersihkan namanya dari sebarang tuduhan salah laku dan rasuah.
Kenyataan Lim Guan Eng DAP di bawah ini juga dibidas!
Ini bukan kali pertama dakwaan palsu tentang rasuah terhadap saya yang mengaitkan tanah Taman Manggis telah dibuat. Bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Ketua UMNO Bahagian Bagan, Shaik Hussein Mydin pada 19 Ogos 2015 telah menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara lisan kepada saya sebanyak dua kali di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas saya menyaman beliau kerana memfitnah.
Di antara kenyataan Dato' Shaik Hussein Mydin,
Diharapkan KM tidak cuba putar belit dan cuba mengelakkan isu rumah yang dibeli dengan harga murah dengan kes penyelesaian saya dan dia berkenaan Skandal Taman Manggis

Untuk makluman semua saya hanya menarik balik kenyataan ini dalam kes penyelesaian luar mahkamah.

"Dan saya berasakan dan saya tidak menuduh, saya berasakan bahawa dia telah mengambil rasuah daripada Dental, Kuala Lumpur International Dental Centre"

Saya langsung tidak menarik balik perkara-perkara penyelewengan yang telah saya bangkitkan dahulu terhadap proses tender, penilaian tanah, penilaian tender, perolehan tender, penglibatan pihak berkepentingan dalam Skandal Taman Manggis

Mungkin saya tidak perlu menarik kenyataan saya jika ianya spesifik contohnya TANPA KOLAM RENANG.

Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada sprm dengan semua dokumen yang berkaitan dengan perkara diatas jika sprm memerlukan kenyataan dan dokumen kukuh yang saya ada untuk membuktikan justifikasi harga jualan banglo yang jauh lebih murah dari harga pasaran.

Diharapkan siasatan SPRM dan sabitan kes ini nanti akan mengembalikan hak rakyat miskin pulau pinang dengan terbinanya rumah PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN sewa di bandar Georgetown.
Lim Guan Eng memutar belitkan kes mahkamah beliau sendiri?  

Video di bawah juga telah menjadi viral di dalam media sosial. Soalan mudah terhadap banglo diskaun Guan Eng DAP :


KANTOI ALL-TIME !.VIDEO MEMBONGKAR ISU BANGLO #NoSwimmingPool GUAN ENG DAP !!!
Posted by APT on Saturday, March 19, 2016


Sila jawab ……. Lim Guan Eng. 

Lim Guan Eng DAP juga mendakwa bahawa 'Kerajaan Negeri tidak mengetahui bahawa tanah Taman Manggis telah diperuntukkan untuk perumahan kos rendah'.

Tetapi kenyataan Guan Eng ini ditempelak oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan. Beliau berkata Guan Eng DAP tidak patut memberi alasan tidak tahu bahawa tanah berkenaan diperuntukkan untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) kerana ia telah direkod dalam hansard semasa Sidang Dewan Undangan Negeri 2012.
"Saya ada bukti...dalam hansard itu sudah jelas tercatat, apabila beliau menjawab soalan dalam dewan, tanah itu adalah untuk PPR," katanya
Dan kononnya, tanah keluasan 0.8 hektar itu tidak sesuai dibangunkan Projek PPR. Padahal, tanah tersebut adalah sebahagian daripada keseluruhan keluasan tanah kawasan PPR yang melebihi dua ekar untuk dibangunkan!

Untuk rekod, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah di Taman Manggis kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd 
(KLIDC) bagi projek pembinaan hotel, hospital swasta dan tempat letak kereta.

Sebelum ini YB Dato' Shahbudin Yahaya berkata mengikut perancangan asal kerajaan BN sebelum tampuk pimpinan negeri terlepas kepada DAP, projek perumahan rakyat termiskin tersebut selepas dibangunkan akan disewakan de­ngan kadar hanya RM100 sebulan kepada rakyat termiskin di Pulau Pinang.
"Oleh kerana isu ini isu inte­griti dan juga isu perumahan rakyat termiskin di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari segi dasarnya, maka saya bangkitkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapat penjelasan daripada menteri berkenaan dan SPRM,” katanya. 
Dakwa Shabuddin lagi, Li Koon iaitu pemilik asal rumah Nombor 25, Jalan Pinhorn itu merupakan salah seorang pemegang saham dalam syarikat Windbond Mana­gement & Consultant Sdn. Bhd. dan syarikat tersebut mempunyai kaitan dengan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) yang diberi kelulusan untuk membeli tanah di Taman Manggis Fasa 2.
Ringkasannya, Lim Guan Eng membeli banglo yang berkeluasan lebih daripada 10,000 kaki persegi Jalan Pinhorn dengan harga diskaun melampau dari pemilik rumah yang syarikatnya mempunyai kaitan dengan KLIDC yang mendapat kontrak dari kerajaan DAP negeri.

Apakah tai chi dan jawapan Guan Eng DAP selepas ini?



  
SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "3 SPIN GUAN ENG DAP TENTANG BANGLO DISKAUN & TAMAN MANGGIS ! #BangloDiskaun"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?