Kononnya, kenyataan Datuk Bandar itu 'satu pencabulan kepada semangat demokratik'.
"Di bawah sistem demokratik, hak mengundi ialah hak asasi rakyat yang asas," kata Ketua Pemuda DAP Wilayah Persekutuan Alice Tan dalam satu kenyataan.Begitu juga dengan dakwaan Ketua Pemuda DAP Subang.
Mamat-mamat DAP ini mungkin terlalu naif dan tidak buat homework apabila mengeluarkan kenyataan dangkal ini. Apakah mereka tidak tahu tentang kes mahkamah yang melibatkan parti mereka dan cadangan parti itu yang mahu melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan?
Parti itu dimalukan apabila pada 14 Ogos 2014, Mahkamah Persekutuan menerusi panel dianggotai lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif telah sebulat suara memutuskan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.
Media melaporkan bahawa keputusan mahkamah itu turut menyebut Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 enakmen diluluskan Dewan Undangan Negeri pada 2012 adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.
Media juga melaporkan bahawa keputusan mahkamah Persekutuan itu adalah berdasarkan kepada Peruntukan Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggariskan dengan jelas larangan kepada kerajaan tempatan untuk mengadakan pilihan raya mereka sendiri.
Malah, polisi parti DAP ini turut tidak dipersetujui oleh beberapa pakar. Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berpandangan bahawa rakyat yang tidak memahami perlembagaan dan undang-undang beranggapan perdebatan mengenai isu pilihan raya PBT adalah satu usaha kerajaan persekutuan untuk menghalang kerajaan negeri yang ingin menyuburkan demokrasi, demi keuntungan politik.
"Dengan memainkan isu pilihan raya kerajaan tempatan, mereka (parti pakatan) mengharapkan agar sokongan masyarakat terhadap kerajaan akan berkurangan dan dengan cara itu akan membolehkan mereka mendesak dan meminta pelbagai perkara lain daripada kerajaan," katanya.Pensyarah kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib pula berkata bahawa pilihan raya PBT hanya akan memecahbelahkan perpaduan rakyat sekaligus membawa impak tidak baik kepada usaha pembangunan negara.
"Tindakan mahu mengadakan pilihan raya PBT bukan sahaja merosakkan pengurusan badan itu bahkan membuka ruang kekacauan dalam majlis PBT. Biarlah pentadbiran PBT itu dijalankan dengan pelantikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dan ditambah baik dengan sistem pelantikan berasaskan individu yang layak.Kita juga tahu bahawa pilihan raya PBT yang tidak diperlukan itu akan melibatkan kos yang tinggi.
Dalam masa yang sama, kita juga tertanya-tanya, kenapa pihak berkuasa tidak bertindak ke atas parti DAP yang dasar partinya bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang yang diluluskan Parlimen?
. Pengembalian pilihanraya majlis tempatan
Sehingga ke hari ini, point 'pilihan raya tempatan' ini masih lagi tertulis dalam dasar parti DAP! Bagaimana dengan dasar-dasar parti yang lain?
Mana pihak berkuasa?
ikut berdiskusi pada "PARTI POLITIK INI PERLEKEHKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?