Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah menegaskan tidak akan bekerjasama dengan Pembangkang apabila 'berperang' dengan PM DS Najib Razak.
Tun M melanggar kenyataan beliau sendiri dan buat u-turn apabila bersekongkol dengan musuh politiknya, Lim Kit Siang DAP dan Pakatan Pembangkang. Deklarasi itu gagal dan backfired apabila rakyat bangkit mempertikaikannya.Dan belum apa-apa lagi, politik negara menjadi pentas sarkas yang memperbodoh-bodohkan rakyat apabila PKR dan DAP pula buat u-turn dengan mahu bekerjasama dengan pihak yang 'berperang' dengan Tun Mahathir!
![]() |
DAP juga sanggup bekerjasama dengan Najib Razak |
Antara tuntutannya ialah Anwar Ibrahim 'mesti dibebaskan', satu tuntutan yang tidak masuk akal. Dan adalah amat memalukan apabila DAP cuba menyamakan Nelson Mandela dengan kesalahan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim adalah banduan yang bersalah kerana meliwat lelaki. Mudah.
Ironinya, apabila membaca 5 tuntutan Lim Kit Siang DAP, kita akan sedar bahawa ianya hanya sekadar diversion DAP sahaja. Tuntutan merepek DAP ini ibarat meminta Lim Kit Siang bersara segera dari arena politik atau pun Lim Guan Eng meletak jawatan Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP! Mahukah mereka?
Dan tuntutan DAP itu dilihat untuk meredakan kebangkitan rakyat yang mempersoal dan mengutuk keras 'kerjasama' sesama musuh politik yang menandatangani Deklarasi itu.
MiM juga berpendapat bahawa tindakan desperado PKR dan DAP ini adalah untuk menunjukkan kononnya mereka adalah pihak yang 'control the game' bukannya Tun Mahathir. Tetapi kita sedia maklum bahawa DAP dan PKR hanyalah sekadar opportunis dan menumpang isu sahaja.
Malasnya Pakatan Pembangkang!
ikut berdiskusi pada "SELEPAS MAHATHIR, PM NAJIB RAZAK PULA BEKERJASAMA DENGAN DAP & PKR?"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?