Sebelum ini MiM telah menulis bahawa Tun Dr Mahathir dan Lim Kit Siang DAP berdepan dengan satu senario yang sangat kekok untuk mereka berdua. Sebelum ini, 2 veteran politik ini biasanya bercakap straight to the point.
Tetapi kini mereka terpaksa berkias-kias, berdolak-dalih atau pun beat behind the bush untuk mempertahankan 'kerjasama songsang' mereka.
Ramai rakyat pada mulanya tidak mahu masuk campur apabila Tun M 'berperang' dengan PM Najib Razak. Tetapi apabila Tun M bersekongkol dengan DAP, musuh utama beliau dan PKR, parti yang terhasil kerana tindakan Tun M menjatuhkan Anwar Ibrahim, ramai yang bangkit menyatakan rasa kecewa dan kesal mereka.
Blog MiM ini kerap kali membongkar dan mendedahkan kemungkaran, pembohongan serta ketidakefesienan parti chauvinis DAP. Parti yang sangat korup, rasis dan mempunyai dasar-dasar parti yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia ini adalah fokus blog ini.
MiM sendiri pernah dikritik oleh Lim Guan Eng DAP.
Tengok-tengok, individu yang MiM hormati ini telah bersekongkol dengan puak chauvinis DAP selain daripada 'berperang' dengan PM Najib Razak!
Realitinya, ramai mempertikaikan prinsip Tun M yang sebelum ini menyatakan dengan jelas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Pembangkang tetapi dinafikan sendiri oleh beliau. Tun M sudah buat u-turn.
Kita juga tahu bahawa Lim Kit Siang dan Pakatan Pembangkang hanyalah sekadar opportunis yang mengambil sebarang peluang untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan kepimpinan UMNO. Sekarang pun, Pakatan Pembangkang dan puak-puaknya akan menyalahkan Najib Razak ke atas apa sahaja yang berlaku di negara ini termasuk tidak boleh berkahwin!
Segala kiasan, dolak-dalih kedua-dua veteran politik untuk menghalalkan 'kerjasama' mereka ini yang tidak dapat diterima oleh rakyat. Principal first.
MiM bersetuju dengan kenyataan DS Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri yang menyelar dakwaan sesetengah pihak bahawa deklarasi itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN, sebaliknya dibuat hanya untuk menggantikan Najib dengan perdana menteri lain.
Beliau menegaskan deklarasi itu boleh mengganggu-gugat sesebuah negara memandangkan perdana menteri adalah pemimpin yang dilantik untuk memimpin kerajaan.
"Ini bukan tentang individu tetapi institusi yang menjadi kemuncak kepimpinan yang membentuk kerajaan, dan jika ini diganggu-gugat, maka akan tergugatlah seluruh negara.
"Pemimpin mewakili institusi, maka dalam hal ini semua pihak sama ada dalam kepimpinan sedia ada atau tidak, perlu faham prinsip ini," katanya.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/po/newspolitics.php?id=1222375Malah ada berpendapat bahawa Tun M tidak perlu pun bersekongkol dengan Pakatan Pembangkang terutamanya parti chauvinis DAP. Dan apabila Lim Kit Siang DAP ditujukan soalan bahawa beliau adalah seorang hipokrit dan tiada mempunyai prinsip, jawapannya ialah beliau 'sudah terlalu tua untuk menjual prinsipnya'.
Please la …….. Lim Kit Siang. Selagi anda aktif berkecimpung dalam politik, selagi itu rakyat berhak untuk menilai anda dan prinsip anda (jika ada lagi)!
Jika tidak, Lim Kit Siang baik berundur sahaja daripada arena politik. Mudah!
Dan sekarang, Pakatan Pembangkang cuba memperalatkan Deklarasi yang ditandatangani oleh Tun M itu untuk kepentingan mereka sendiri. Agenda utama mereka ialah untuk membebaskan Anwar Ibrahim yang kononnya 'tahanan politik' walaupun rakyat sudah sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana nafsu songsang beliau meliwat Saiful.
So how now?
Apakah Tun M akan sekali lagi u-turn prinsip beliau tentang Anwar Ibrahim dan setuju dengan matlamat songsang parti Pembangkang itu?
Dalam masa yang sama, demo anti-GST yang bakal diadakan olah puak pembangkang pada 3hb April ini juga telah menyerlahkan kebodohan puak tersebut ! BACA SINI
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "DEKLARASI : SEBAB TUN MAHATHIR BUAT U-TURN & LIM KIT SIANG DAP HIPOKRIT ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?