Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

CADANGAN TERBARU TUN MAHATHIR DIPERTIKAI ! @NAJIBRAZAK

Di dalam blognya, Tun Dr Mahathir telah mencadangkan satu perkara yang dipertikaikan oleh ramai pihak. Ianya satu cadangan yang tidak pernah diamalkan.
Beliau mahu diadakan referundum atau pungutan suara yang dijalankan oleh syarikat tinjauan pendapat asing, semata-mata untuk beliau dan 'perang' beliau dengan PM DS Najib Razak. Media melaporkan bahawa tidak ada negara di dunia yang melakukan amalan itu. Kita pun sedia maklum bahawa ianya tidak pernah termaktub di dalam perlembagaan negara Malaysia yang berdaulat ini.

Cadangan Tun Mahathir ini juga mendatangkan beberapa soalan fundamental yang sangat penting.
Haruskah kita sekarang meminta syarikat asing yang menjalankan pungutan suara mengambil alih tugas daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanrraya) bagi mengendalikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia pada 2018? 
Adakah Parlimen sekarang diminta untuk meluluskan undang-undang baharu untuk menerima pakai sistem pungutan suara dan menjadikannya terikat di bawah perlembagaan? 
Bagaimana pula jika Sabah dan Sarawak, atau mungkin Pulau Pinang, memutuskan untuk mengambil kesempatan daripada undang-undang baharu ini dan mengadakan pungutan suara sama ada untuk keluar dari Malaysia? 
Dan bagaimana jika majoriti mengundi untuk keluar dari Malaysia? 
Adakah ia terikat di bawah undang-undang? seterusnya
MiM yakin Tun Mahathir pun tahu bahawa cadangan beliau itu tidak mungkin akan terlaksana. 

Konsep pembentukan kerajaan dan Perdana Menteri di negara Malaysia ini bukan berdasarkan undi popular tetapi first past the post. Dan konsep ini digunapakai sepanjang Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini dan sejak negara ini merdeka.

Jika Tun Mahathir tahu perkara ini tidak akan terlaksana, kenapakah beliau masih mahu mencadangkannya?

Ada pihak yang mengatakan bahawa tindakan terbaru Tun Mahathir ini menunjukkan betapa desperadonya beliau. 'Perang' peribadi Tun Mahathir dengan Najib Razak cuba mengheret rakyat kedalamnya. Padahal, selama ini rakyat berpegang kepada Pilihanraya Umum yang diadakan setiap 5 tahun untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan yang mereka suka.
Kita tunggu dan lihat siapakah ahli politik Pakatan Pembangkang yang akan menyahut cadangan Tun Mahathir. Secara teorinya, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng DAP tidak mungkin akan ambil kesempatan dalam isu ini. 

Ianya kerana semasa pemilihan semula CEC DAP, Lim Guan Eng telah jatuh ke tangga 5 dan berkurangan undi populariti. Tetapi beliau yang memegang jawatan tertinggi dalam parti DAP!

Liew Chin Tong yang mendapat undi tertinggi tetapi hanya sekadar memegang pengerusi biro. Walaupun kepimpinan CEC dipilih oleh perwakilan ketika pemilihan pusat parti, hakikatnya tiada demokratik dalam DAP kerana ahli-ahli DAP tidak mempunyai kuasa untuk menentukan jawatan yang akan dipegang oleh ahli CEC itu.  




SHARE ke whatsapp :





Related Posts :

ikut berdiskusi pada "CADANGAN TERBARU TUN MAHATHIR DIPERTIKAI ! @NAJIBRAZAK "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?