Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

PERJANJIAN - DAP TAKUT HILANG KUASA !

Sebelum ini MiM menulis tentang modus operandi politik kotor DAP yang patut ditolak oleh rakyat Malaysia. Mereka hanya pandai menunding jari menyalahkan pihak lain termasuk rakan politik mereka sendiri untuk menutup keburukan parti DAP.
Isu ini belum dijawab lagi!!
Dan sekarang, 'perjanjian' sesama DAP, PKR dan parti serpihan PAS sebenarnya hanya akan menguntungkan parti chauvinis itu sahaja. Parti serpihan PAS memang sudah dilabelkan sebagai pak turut.

Malah, ada yang menulis bahawa parti Amanah akan hanya dijadikan sebagai ‘pelapik kaki’ sahaja oleh rakan kongsinya dengan menggunakan pemimpin-pemimpin yang sudah selesa dengan kehidupan bersama DAP. Orang yang di bawah ini hanya menjadi umpan semata-mata.

Pakatan ini memperbodoh-bodohkan rakyat dengan 'perjanjian' ini. Realitinya, pakatan pembangkang ini adalah satu perikatan haram yang tidak berdaftar dengan ROS.

Anda baca juga analisis ini:  
Penganalisis politik berpandangan, prinsip bersetuju sebulat suara yang dimeterai dalam Perjanjian Pakatan Harapan hanyalah untuk menyelamatkan DAP.

Penganalisis politik Profesor Dr Fuad Mad Jali berkata, DAP dilihat lebih memonopoli ke atas perjanjian tersebut.

Menurut Fuad, DAP bimbang sekiranya PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) berpaling dan menjalin kerjasama, sama ada dengan Pas atau Umno pada PRU14 akan datang, maka mereka kehilangan kuasa. 
"Bagi memastikan tiada parti komponen keluar dari Pakatan Harapan, maka perjanjian seumpama itu dibentuk agar kekal bergabung sehingga selepas PRU14,” katanya.

Katanya, dalam isu hudud, DAP jelas menolaknya, namun PKR hanya berdiam diri, tidak menyokong atau menyatakan tentangan secara terbuka.

Maka, melalui perjanjian itu, kesemua parti perlu bersetuju dengan apa sahaja ketetapan dibuat termasuk isu hudud. 
Fuad berkata, DAP dilihat lebih memonopoli perjanjian tersebut bagi memastikan mereka dominan.

“Jadi tidak hairankan perjanjian itu dibuat bagi memastikan kuasa DAP lebih mantap. Mereka takut kehilangan kuasa dan kerusi semasa PRU14,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, perjanjian dibuat agar tiada mana-mana parti gabungan membuat kenyataan bercanggah selepas dipersetujui Pakatan Harapan.

“Tidak banyak bezanya dengan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju yang diamalkan ketika dalam PR. Melalui prinsip ini, setiap parti masih boleh menyatakan tidak bersetuju dengan sesuatu perkara.

“Namun, perjanjian Pakatan Harapan, mereka lebih bertegas, bagi memastikan tiada parti komponen membuat kenyataan bercanggah daripada yang telah dipersetuju sebulat suara oleh DAP, Amanah dan PKR,” katanya - SH


SHARE ke whatsapp :







ikut berdiskusi pada "PERJANJIAN - DAP TAKUT HILANG KUASA ! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?