Kononnya, larangan itu akan mencabuli hak masyarakat bukan Islam. Kenyataan DAP itu dinafikan:
Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor kesal dengan pihak yang cuba mempolitikkan isu rokok elektronik atau vape, kononnya pengharaman vape dianggap mencabuli hak orang bukan Islam.
Beliau dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini berkata, dakwaan yang dilemparkan pihak itu hanya mengeruhkan keadaan.
"Sebaliknya, kita perlu melihat pengharaman ini sebagai satu usaha memelihara kepentingan umum tanpa mengira latar belakang agama, etnik dan budaya," beliau dipetik berkata.
Wan Salim berkata, kerajaan persekutuan mahupun negeri mempunyai kuasa masing-masing di bawah perlembagaan persekutuan dan negeri untuk menguatkan undang-undang sivil dan undang-undang Islam.
Beliau bagaimanapun berkata, pengharaman diputuskan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan itu sebaliknya mesti dilihat berdasarkan objektif mencegah satu perbuatan yang dianggap sia-sia.Yang menjadi persoalan kita sekarang ialah pada 5 Disember lalu, Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan penggunaan vape adalah haram melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri.
"Perlu diketahui, dalam proses pengeluaran fatwa, terutamanya isu kontemporari, muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya berpandu kepada teks agama atau pandangan ulama, tetapi berdasarkan pandangan pakar dalam bidang yang berkaitan," katanya - seterusnya
Tetapi Lim Guan Eng DAP berkata kerajaan DAP Pulau Pinang belum memutuskan untuk mengharamkan vape di negeri itu. Apa kesudahannya?
SHARE ke whatsapp :
ikut berdiskusi pada "MUFTI NEGERI KESAL AJK DAP PERTIKAI FATWA ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?