Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

BERITA SABAH TERKINI : Pendatang Tanpa Izin (PATI) Dicekup

BERITA SABAH : DAERAH SANDAKAN 


Kawasan hutan simpan di negeri ini kini dijadikan sasaran oleh pendatang tanpa izin (PATI) sebagai lokasi perkampungan haram seperti mana yang berlaku di Kawasan Hutan Simpan Bakau (Kelas V) Elopura di Sandakan.

Menurut Jabatan Hutan Sabah (JHS), seluas 17.3 hektar tanah di kawasan hutan simpan itu dicerobohi dan dijadikan perkampungan haram oleh beberapa keluarga PATI.

Difahamkan, tindakan warga asing itu sebenarnya mahu berselindung dan mengelak daripada dicekup pihak penguatkuasa yang selama ini lebih fokus kepada operasi memburu PATI di penempatan-penempatan setinggan.

Walau bagaimanapun, kelicikan mereka dibongkar dalam beberapa operasi bersepadu yang dijalankan bersama oleh JHS serta agensi penguatkuasa lain termasuk pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Pengarah JHS, Datuk Sam Mannan memberitahu, pihaknya berjaya mengesan penempatan PATI tersebut hasil maklumat awam dan berjaya mengusir mereka dari hutan-hutan simpan bakau di daerah Sandakan.

“Dalam operasi bersepadu di Kawasan Hutan Simpan Bakau (Kelas V) Elopura baru-baru ini, sebanyak 11 buah rumah dan pondok dirobohkan dan dimusnahkan saki baki rumah tersebut. Tindakan itu dibuat setelah tamat tempoh notis keluar dari hutan simpan semasa operasi terdahulu.

“Sasaran operasi kali kedua ini disasarkan terhadap empat lokasi iaitu Sekong Kecil, Sedungor, Sepinong dan Papahan yang terletak di sekitar teluk Sandakan dan termasuk dalam Hutan Simpan Bakau (Kelas V) Elopura,” katanya kepada SayangSabah.

Operasi bersepadu itu turut disertai ESSCOM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imegresen, Jabatan Pendaftaran dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Semasa operasi itu juga seramai lima PATI diberkas dan menahan empat daripadanya kerana melakukan kesalahan mengikut Enakmen Hutan 1968 manakala seorang lagi ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri dan diserahkan kepada pihak imegresen.

Sam berkata, langkah itu bagi memastikan hutan simpan di negeri bebas dari tempat persembunyian PATI.

Katanya, tindakan itu adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan mengikut Seksyen 20 (1)(b)(i) enakmen Hutan 1968. -SayangSabah

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "BERITA SABAH TERKINI : Pendatang Tanpa Izin (PATI) Dicekup"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?