Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

KONGSI SABAH DENGAN KESULTANAN SULU - DR. JEFFREY KITINGAN

21 September 2014 Kita Boleh Kongsi Sabah dengan Kesultanan Sulu - ISU/TOPIK ini menjadi "PANAS" tulisan Musli Oli di SMS News Portal Mengundang Banyak Sekali Tanda Tanya Orang Ramai.


Apa yang boleh admin cakap adalah statement ini TIDAK MASUK AKAL kerana secara logiknya Dr. Jeffrey Kitingan adalah Pejuang Sejati Sabahan dalam memastikan Rakyat Sabah mendapatkan HAK mereka yang sebenarnya selepas perjanjian 18/20 dicabuli.

Umum juga mengetahui DDJK cukup tidak menyenangi PATI yang diperalatkan oleh pihak tertentu dalam meraih sokongan ketika pilihanraya.

Namun demikian Melabelkan Musli Oli "BODOH" bukanlah satu tindakan yang bijak juga kerana dia bukanlah orang kebiasaan yang bercakap tanpa FAKTA. Andaikata Admin berdepan dengannya sekalipun Admin bukanlah lawannya kerana beliau mempunyai Fakta untuk bercerita mengenai sejarah Malaysia.

Cuba kita baca sekali lagi apa yang dituliskan oleh Musli dalam catatannya ini tanpa berfikiran negatif terlebih dahulu. Apa yang ADMIN boleh simpulkan adalah selain Musli dan DDJK ada saksi lain yang bersama iaitu Tony Minggir turut terlibat dalam temubual sepertimana yang digambarkan dalam tulisan tersebut.

Berita Terkini Sabah
KONGSI SABAH DENGAN KESULTANAN SULU

Isu ini saya tidak begitu ambil berat tetapi selepas pertemuan dengan pegawai kanan polis Bukit Aman yang mengesahkan hubungannya dengan salah seorang penuntut kesultanan Sulu, saya mengimbas kembali temu bual saya dengan Datuk Dr Jeffrey pada Februari lalu.
Pada tenghahari Khamis tanggal 27 Februari lalu, saya berpeluang sembang-sembang politik dengan  YB Datuk Dr Jeffrey Kitingan di pejabatnya di Damai, Kota Kinabalu.  Tepat jam 12 tengah hari, Tony Minggir yang mengatur pertemuan itu memberi isyarat Dr Jeffrey sudah sedia menunggu di pejabatnya. Tony Minggir adalah seorang aktivis UBF yang aktif. Mengah juga memanjat tangga di tingkat 4. Namun rasa penat seketika hilang sebaik Dr Jeffrey dengan wajah yang ceria buka pintu, menghulur tangan bersalam dan mempersilakan kami duduk.
“Di sini tidak boleh merokok” Kata Tony secara bergurau. Saya ketawa. Di kedai Mamak tadi, saya dan Tony tak putus-putus merokok sambil berbincang soal depan negeri Sabah. Banyak ilmu yang saya perolehi dari Tony Minggir yang aktif menulis dalam web dusunbukit.wordpress.com dan  banyak buat penyelidikan tentang Malaysia Agreement 1963 dan isu-isu berkaitan hak Sabah.
Dr Jeffrey tersenyum dengan gurauan Tony. Dalam raut wajah yang tenang telah mula kelihatan garis-garis usia. Dr Jeffrey sudah menjangkaui usia 60an. Tapi semangatnya bercakap soal hak Sabah tidak pernah luntur.
Hati saya berbisik, selepas Jeffrey, siapa lagi pemimpin Sabah yang berani bercakap soal hak Sabah dan sanggup dipenjarakan? Barangkali ramai anak-anak muda di luar sana, setakat berani di laman maya berselindung disebalik nama-nama samaran bercakap soal hak Sabah tapi tidak cukup pengetahuan dan fakta jauh sekali keberanian dan kecekalan sepert Dr J.
Jeffrey sentiasa tenang menjawab persoalan saya. Ada kalanya soalan saya bersifat provokasi. Namun jawapannya tidak sedikitpun disaluti emosi . Beliau berhujah berasaskan fakta dan kerap merujuk kepada persetujuan yang telah dicapai dalam Perjanjian Malaysia 1963.
“Bagi pandangan saya idea Malaysia hanya satu transisi untuk mencapai kemerdekaan. Gagasan Malaysia ini saya anggap bukan sesuatu projek yang akan berkekalan tapi satu transisi untuk memberi bimbingan atau guidance kepada Sabah dan Sarawak menjadi dewasa dalam politik  untuk bertanggungjawab dan memerintah sendiri.”Jeffrey memulakan hujah. Hujahnya  menunjukkan keyakinan tinggi  Sabah boleh memerintah sendiri.
Adakah Datuk optimis ia boleh dicapai? ” I am always optimis matlamat itu boleh dicapai. Singapura boleh memerintah sendiri. Sebenarnya projek Malaysia juga untuk mencari penyelesaian Singapura. Terpulang kepada kita untuk mencari jalan yang terbaik. Contohnya, masalah PTI (pendatang tanpa izin) bukan masalah yang tidak boleh selesai. Mereka ini adalah orang kita juga”.
Maksud Datuk kita boleh berkongsi  negeri Sabah dengan  puak-puak ini andaikata cita-cita self determination itu berjaya? Maksud saya menyerahkan sebahagian Sabah kepada puak Sultan Sulu yang menuntut Sabah?
“Kenapa tidak? Sabah negeri yang kaya. Kita mempunyai cukup sumber untuk menyelesaikan apa juga masalah di negeri ini. Kita boleh berunding dengan mereka secara baik tanpa perlu kekerasan. Jika boleh dirunding dengan baik dan dapat ditangani  dengan bijak tidak akan timbul insiden seperti di Lahad Datu”.
 Apakah perlu sebuah pembangkang kuat seperti Pakatan Rakyat untuk dapat mencapai matlamat tersebut. Maksud saya untuk mendapatkan “new deal” untuk Sabah?.
“Saya bersetuju sebuah parti pembangkang yang kuat boleh melakukan check and balance seperti kewujudan Pakatan Rakyat sekarang. Itu diperingkat Pusat, tetapi diperingkat negeri, kita tidak boleh diwakili sebuah parti nasional yang set up sama seperti Umno dan BN. PKR juga tidak menghormati hak otonomi negeri Sabah. Sama seperti Umno, Pengerusi Perhubungan dilantik Kuala Lumpur bukan rakyat Sabah yang pilih.
Jika PR memerintah tentu  caranya sama seperti Umno dan BN, kita juga akan terperangkap dalam permainan politik mereka, jika PKR berkuasa diperingkat Pusat. Cuba lihat kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai perbandingan. Negeri Sarawak terbukti masih mampu mempertahankan hak-hak negeri kerana negeri itu diwakili parti tempatan. Manakala di Sabah, walaupun pemimpin-pemimpin tempatan berkuasa tetapi mereka harus menjaga ‘elit politik’ di Kuala Lumpur. Di Sarawak, Ketua Menteri negeri itu hanya menjaga Sarawak, sedangkan Ketua Menteri Sabah perlu menjaga kepentingan Umno dan kedudukannya”.

APA PULA RESPON TONY MINGGIR ?

Berita Terkini Sabah
Respon Tony Minggir
 Link Rujukan : 1. Link 1
                        2. Link 2

Kita bukanlah Bijak kerana ada yang lebih bijak daripada kita. Jangan Percaya bulat-bulat apa yang dituliskan kerana Dr. Jeffrey belum cakap apa2 lagi. 

ikut berdiskusi pada "KONGSI SABAH DENGAN KESULTANAN SULU - DR. JEFFREY KITINGAN"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?