KOTA KINABALU – Seorang lelaki tempatan bertindak diluar batasan apabila bukan hanya menumbuk kekasihnya yang merupakan pelajar sekolah menengah, malah melarikan remaja perempuan itu di perkarangan sebuah sekolah di Likas.
Difahamkan, kejadian itu berlaku berpunca akibat suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana mahu memutuskan hubungan mereka yang telah terjalin selama setahun.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mangsa turut ditampar oleh suspek setelah berlaku pertengakaran di antara kedua-duanya di dalam kenderaan jenis Perodua Myvi milik suspek.
Menurut beliau, dalam kekalutan itu, mangsa berusia 17 tahun, berjaya membuka pintu kereta kemudian melarikan diri ke sekolahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi.
“Mangsa yang berusia 22 tahun bertindak menyerah diri di balai polis ekoran kejadian itu pada pukul 10.05 pagi itu di Sekolah Menengah Lok Yuk, Likas, di sini semalam.
Chandra berkata, sebelum itu mangsa dikatakan tidak mengendahkan suspek yang memanggil namanya dan bergegas meluru ke kawasan sekolah bersama rakan-rakannya.
Berang dengan tindakan mangsa, suspek kemudian dipercayai menarik tubuh mangsa ke dalam kenderaan lalu memecut laju meninggalkan rakan-rakan pelajar itu di situ.
Chandra memberitahu lagi, mangsa dibawa ke persimpangan Taman Jaya Likas, kira-kira 100 meter dari sekolah itu untuk berbincang masalah mereka.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, berlaku pertengkaran di antara kedua-dua pasangan itu sebelum suspek bertindak menumbuk dan menampar mangsa di dalam kenderaan berkenaan.
Katanya, polis turut merampas sebuah Perodua Myvi dan satu jaket berwarna merah dipercayai milik mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 362/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan dan mencederakan individu.
ikut berdiskusi pada "Culik kekasih Remaja Perempuan di Likas"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?