Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

Negeri Sabah Bukan Transit Pengganas

Berita Sabah Terkini
Berita Sabah Terkini
BERITA SABAH : Pembangunan di pangkalan Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepangar, Kota Kinabalu akan dipertingkatkan bagi memastikan sistem pertahanan di Sabah terus diperkukuhkan dalam berdepan sebarang ancaman.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, usaha itu bukan sahaja memerlukan penglibatan semua agensi tetapi juga anggota masyarakat keseluruhannya kerana peningkatan aset keselamatan merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromi dalam memastikannya dapat terus digunakan sebagai mungkin bagi membolehkan keselamatan di negeri ini terjamin.

Menurut beliau, inisiatif penambahbaikan itu perlu dilakukan secara fokus kerana laporan terkini perisikan dan perkembangan semasa di selatan Filipina menunjukkan bahawa Sabah terdedah kepada ancaman pengganas yang boleh mengugat keselamatan awam dan kedaulatan negara.

“Walau bagaimanapun, dalam konteks IS di Sabah, saya tidak melihat negeri ini sebagai transit utama (di antara kumpulan pengganas di selatan Filipina dan Indonesia). Kedua, ancaman IS adalah berbeza dengan ancaman yang kita hadapi sebelum ini melibatkan al-Qaeda, JI, Mat Top dan Mat Selamat.

“Ancaman IS merupakan sesuatu yang baharu dan ia menjadi isu yang bukan sahaja Malaysia berusaha menanganinya, malah kuasa-kuasa besar juga mengambil langkah sama.

“Justeru, saya fikir cara terbaik melihat situasi di Sabah kini adalah terkawal. Begitupun, apa yang boleh simpulkan dalam lawatan selama tiga hari di Wilayah Persekutuan Labuan, Tawau dan Kota Kinabalusaya berpuas hati terhadap usaha meningkatkan sistem pertahanan udara, laut dan darat di negeri ini dan ia adalah langkah proaktif kita dalam menghadapi sebarang ancaman,” katanya kepada pemberita selepas melawat pangkalan TLDM di Sepangar, di sini hari ini.

Hishamuddin tidak menafikan, kumpulan bersenjata Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), Abu Sayaf dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) turut menggunakan media sosial menyebarkan aktiviti keganasan mereka.

Katanya, ia terbukti apabila ketiga-tiganya mengumumkan dalam media sosial menyokong perjuangan melampau IS dan ancaman itu sememangnya menjadi kebimbangan mana-mana pemimpin pada masa kini yang berusaha untuk menghalang fahaman IS merebak ke negara masing-masing. SAYANGSABAH

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "Negeri Sabah Bukan Transit Pengganas"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?