Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

KOTA KINABALU : Kontraktor Dijatuhkan Hukuman Mati Edar Syabu

Seorang kontraktor tapak berumur 33 tahun dari Kuala Lumpur dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi d sini kerana mengedar 2,850 syabu dua tahun lalu.

Muhd Rizal Kamaruddin kelihatan sedih tetapi tenang selepas Pesuruhjaya Kehakiman Azhahari Kamal Ramli menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Rizal didapati bersalah melakukan jenayah itu pada jam 9.20 pagi pada 18 November 2012 di Unit Pemeriksaan Penumpang Kastam di dewan ketibaan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya itu membawa hukuman mati mandatori.

Azhahari memutusan bahawa Rizal gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.

Rizal dalam pembelaan yang diberikan tanpa mengangkat sumpah dari kandang pesalah mendakwa bahawa dia berkawan dengan seorang lelaki Afrika bernama Johnny yang ditemui di sebuah premis hiburan di sini semasa dia berada di negeri ini tiga bulan lalu sebelum kesalahan tersebut dilakukan.

Dia mendakwa memberikan nombor perhubungan kepada Jognny apabila mereka bertemu untuk kdua kali pada Oktober 2012 dan Johnny menghubunginya di Kuala Lumpur pada 16 November tahun yang sama di mana dia membawa Johnny bersiar-siar di Ibu Negara.

Rizal berkata Johnny telah menjemputnya untuk datang ke Sabah  bersamanya tetapi dia menolak kerana kekurangn duit. Rizal berkata dia kemudian bersetuju untuk menyertai Johnny selepas Johnny berjanji untuk menanggung semua perbelanjaan.

Rizal berkata mereka bertemu di Lapangan Terbang pada jam 5 pagi pada 18 November, 2012 untuk membeli tiket dan mengimbas bahasi mereka.

Semasa membuat pendaftaran bagasi, Rizal berkata Johnny memintanya untuk mendaftarkan bagasi di bawah namanya yang mana dipersetujui oleh Rizal tanpa berasa curiga.

Walaubagaimanapun, Azhahari mempersoalkan tidak ada bukti berkenaan di mana Johnny berada di KKIA Terminal 2 jika kedua-duanya datang bersama-sama ke Kota Kinabalu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Rizal menyimpan kunci mangga bagasi milik Johnny.

“Saya dapati pelik untuk tertuduh menyimpan kunci mangga bagasi milik orang lain” katanya.

Timbalan Pendak Raya Jamil Aripin tampil untuk pendakwaan sementera Rizal diwakili oleh Peguam Datu Baginda Datu Laja.

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "KOTA KINABALU : Kontraktor Dijatuhkan Hukuman Mati Edar Syabu"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?