Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

Jabatan Kastam Patahkan Kegiatan Seludup Dadah

Berita Sabah : Kes Dadah (Syabu)
Berita sabah
Bentuk Syabu
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sabah atas kejayaan Terbaru menafikan percubaan membawa masuk dadah jenis “metamphetamine” atau juga lebih sinonim dengan nama "ais", "batu" dan "syabu"  di Sabah.

Kes terbaru melibatkan seorang warga China yang tiba dengan penerbangan pesawat MH385 daripada Hongkong secara transit sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur melalui Terminal Dua.

Taktik seorang wanita warga China menyembunyikan dadah jenis syabu dengan menyorokkannya dalam sebuah periuk nasi tidak berjaya selepas Pihak Kastam Sabah menjalankan pemeriksaan ke atas wanita tersebut

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah Datuk Dr Janathan Kandok  berkata, anggaran nilai pasaran syabu berkenaan mampu mencecah RM265,000.
Menurut beliau, JKDM Sabah percaya modus operandi dijalankan suspek adalah dengan menggunakan taktik menyorok kesemua bungkusan itu di bahagian tepi periuk nasi dibawanya bagi mengaburi mata penguatkuasa.

“Suspek juga dipercayai menjadikan Sabah sebagai transit penerbangannya ke ibu negara sebelum dia ditahan di LTAKK kelmarin,” katanya sambil menambah, siasatan masih dijalankan ke atas kes itu sama ada ia membabitkan sindiket atau sebaliknya.

Wanita itu kini ditahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952
.

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "Jabatan Kastam Patahkan Kegiatan Seludup Dadah"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?