Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini melancarkan Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke-10 di perkarangan Wisma Innoprise di sini.
Beliau turut melekatkan pelekat pada kenderaan rasmi SIFF yang akan digunakan selama dua bulan bagi mempromosi acara tahunan berprestij itu.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun serta anggota kabinet negeri yang lain.
Bertemakan 'Perkahwinan Rakyat', SIFF akan diadakan mulai 10 hingga 15 Ogos ini di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.
Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai berkata kepada pemberita, kesemua 15 negara yang menyertai festival akan mempamerkan tarian dan pakaian tradisi yang bersesuaian dengan tema.
"Keunikan tahun ini ialah semua kumpulan tarian harus menampilkan kareografi dan pakaian tradisi etnik masing-masing bertemakan perkahwinan rakyat," katanya.
Negara yang mengambil bahagian termasuk Latvia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Brunei Darussalam, Kazakhstan, Taiwan, India, Turki, Kyrgyzstan, Republik Slovakia dan Rusia.
Maskot rasmi Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) 2015 adalah Bal-bal.

ikut berdiskusi pada "INFO SABAH TERKINI : Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF)"
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?