Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

BERITA SABAH : Lelaki Tempatan Ditemui Mati Dalam Kereta di Alam Mesra


BERITA SABAH Seorang pemandu lelaki kenderaan keselamatan SafeGuards ditemui meninggal dunia di sebuah perhentian bas berhadapan dengan Maybank di Plaza Alamesra dekat sini pada pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, sebelum kejadian itu berlaku, pemandu berumur 52 tahun itu sempat menghubungi majikannya pada jam 7.50 pagi untuk memaklumkan yang dia sedang sakit minta dibawa ke hospital.
“Kira-kira 8.00 pagi, majikan mangsa tiba di lokasi berkenaan, namun mendapati mangsa tidak bergerak di dalam kenderaan tersebut yang berkunci dari dalam,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya beliau, majikan mangsa kemudian segera menghubungi ambulan untuk meminta bantuan sebelum pergi ke Balai Polis Alamesra untuk melaporkan perkara tersebut, bagaimanapun doktor mengesahkan bahawa mangsa telahpun meninggal dunia di tempat kejadian.
Mangsa dikenali sebagai Ahimin Harun, 52, berasal dari Kampung Panilaan, Tenom.
“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya sambil menambah bahawa polis turut dimaklumkan mangsa turut disahkan menghidap sakit jantung oleh keluarganya. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Queen Elizabeth Hospital untuk bedah siasat.

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "BERITA SABAH : Lelaki Tempatan Ditemui Mati Dalam Kereta di Alam Mesra"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?