Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

KPDNKK SABAH MINTA PENGADU LENGKAPKAN BORANG ADUAN


Penduduk di luar bandar digalakkan mengisi borang aduan pengguna dengan lengkap bagi memudahkan pengadu dihubungi oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya maklumat tambahan aduan diperlukan.

Pengarah KPDNKK Sabah, Severinus Tukah berkata, semua jenis aduan adalah diterima termasuklah aduan berkaitan dengan berkaitan kenaikkan harga barang, jalan raya dan isu-isu lain.

“Sekiranya aduan itu berasas kita akan selesaikan sekiranya masalah itu di bawah bidang kuasa KPDNKK, tetapi sekiranya aduan berkenaan adalah berkaitan dengan agensi lain maka kita akan salurkan kepada agensi-agensi berkenaan,”katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Katanya, borang aduan yang dikutip oleh pegawai penguatkuasa di peti aduan ketua kampung yang terpilih akan disemak.

“Pihak KPDNKK akan memberikan dua jenis maklum balas untuk setiap aduan yang diterima iaitu aduan yang diteriam akan diberikan surat maklum balas bahawa aduan telah diterima dan akan disiasat dalam tempoh 14 hingga 21 hari,”ujarnya.

Selain itu, aduan yang berjaya diselesaikan akan dimaklumkan semula kepada pengadu.

Tambahnya, KPDNKK di peringkat cawangan dimohon menyelesaikan masalah di peringkat cawangan manakal setiap masalah yang melibatkan dasar atau kelulusan di peringkat negeri akan diselesaikan di peringkat negeri.

Related Posts :

ikut berdiskusi pada "KPDNKK SABAH MINTA PENGADU LENGKAPKAN BORANG ADUAN"

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?