Menunding jari kepada pihak lain adalah perangai buruk DAP yang semakin terserlah dan tidak disukai oleh rakyat
DAP Cawangan Pantai Sepang Putra hari ini mengumumkan keluar parti selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti tersebut berikutan status Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Ketua Cawangannya, N. Muthusamy berkata, selain itu, DAP turut disifatkan sebagai sebuah parti yang mengamalkan politik perkauman dan mengabaikan kebajikan masyarakat India di kawasan tersebut.Persoalannya, apakah DAP peduli apabila yang keluar DAP itu adalah pemimpin bangsa India?
Katanya, segala rayuan yang dibuat oleh cawangan tersebut dalam hal ehwal kebajikan masyarakat setempat tidak diendahkan oleh DAP Pusat serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan.
“Pemimpin-pemimpin DAP hanya mencari kita jika mereka mahukan sesuatu sahaja. Ketika pilihan raya umum, mereka akan menghubungi dan berjumpa kita, selepas menang, tiada lagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebanyak 25 ahli cawangan tersebut selepas itu bertindak menggunting kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik keluar parti dan seterusnya menghantar borang keahlian kepada Parti Alternatif Rakyat (PAP) - seterusnya
Kita tunggu dan lihat respons Lim Guan Eng dan kroni tegar beliau, Lim Kit Siang, itu pun jika mereka berani untuk memberi respons.
Dalam masa yang sama, kita menyarankan pihak ROS supaya segera menyelesaikan isu status CEC DAP yang terlampau lama. Masih belum ada kata putusnya!
Dan apabila kepimpinan DAP di atas bercakap tentang DAP sebagai parti yang mengamalkan politik perkauman dan mengabaikan kebajikan masyarakat, kita tentu teringat dengan isu yang berlaku semasa mesyuarat DUN Pulau Pinang sebelum ini.
ADUN PKR Penanti menangis apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP Pulau Pinang.
Apakah akan ada lagi kepimpinan DAP yang akan berani keluar parti chauvinis ini dan berani berdepan Lim anak beranak?




ikut berdiskusi pada "PEMIMPIN & AHLI KELUAR PARTI DAP ! "
Posting Komentar
Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?