Situs poker terpercaya
Bisnis Game Bola Online

ISU LIM GUAN ENG DISUMBAT DALAM PENJARA & DAP BOHONG!

Untuk menjustifikasikan kononnya parti DAP bukan parti anti-Melayu dan anti-Islam, Lim Kit Siang DAP telah berbohong besar!
Pembohongan veteran tua DAP ini dinyatakan oleh Datuk Ibrahim Ali. Kit Siang DAP menuduh Ibrahim Ali meminta pertolongan beliau pada tahun 1974 supaya tidak ditahan di bawah ISA.
Ibrahim berkata, pada tahun itu beliau adalah ketua pelajar di Institut Teknologi MARA (ITM) yang terlibat dalam tunjuk perasaan Baling.

“Dia (Kit Siang) pembohong besar, satu pembohongan besar DAP.

“Dakwaan Kit Siang yang membohong, sepanjang jadi student leader tak pernah jumpa dia. Saya nafi sekeras-kerasnya, dia terdesak dan tidak ada jawapan yang dia nak jawab dan terpaksa kait peribadi.

Dia ni kalau tidak boleh jawab soalan akan serang peribadi,” katanya.
Seingatnya, Ibrahim Ali tidak pernah berjumpa Lim yang pada ketika itu adalah ahli parlimen Kota Melaka.
“Seingat saya, saya tidak ada minta tolong langsung dengan Kit Siang, kalau orang lain saya tidak tahu - seterusnya
Kita tunggu dan lihat respons veteran tua DAP itu. Jika tiada buktinya, kroni tegar Guan Eng DAP ini memang sah telah berbohong dan menipu rakyat Malaysia.

Satu lagi omongan DAP ialah kononnya “Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.”

Isu ini yang dijual oleh DAP yang ketika ini berdepan dengan isu anti-Melayu dan anti-Islam yan terpalit kepada mereka.

Realitinya, sejarah telah membuktikan bahawa pada 1997, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Melaka.

Beliau didapati dengan sengaja dan berniat jahat mencetak berita palsu di bawah Akta Penerbitan Dan Pencetakan 1984 dan di bawah Akta Hasutan 1948.
Lim Guan Eng telah didapati bersalah menyebarkan tuduhan yang Ketua Menteri Melaka ketika itu, Rahim Tamby Chik telah merogol seorang gadis bawah umur.

Lim dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Beliau, bagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.

Maka, Lim Guan Eng masuk penjara kerana mengedarkan berita palsu dan menghasut dan menggunakan kes Rahim Tamby Chik ini untuk menaikkan kemarahan orang ramai.

Tetapi adakah kes rogol itu benar-benar terjadi dan patutkah Lim Guan Eng mempertahankannya?

DAP berterusan berkata Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan gadis melayu yang telah dirogol.

Kemudian Rahim Tamby Chik telah menyaman DAP dan beliau menang.

Dan di antara pengakuan bersalah DAP dalam kes saman Tamby Chik:
Kami kini menyedari asas dakwaan yang telah kami buat terhadap Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik di dalam buku dan poster tersebut tidak lagi wujud dan berdasarkan ini, tuduhan yang disebutkan kini adalah tidak berasas. 
3) Kini, kami telah kesal di atas perkara-perkara yang telah terjadi yang melibatkan kesemua pihak, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Thamby Chik dan keluarga, yang mengalami keperitan dan tekanan disebabkan oleh peristiwa ini. 
Anda baca laporan penuh : BACA SINI
DAP mengaku menabur fitnah dan fitnah ini yang mereka jadikan buku dan poster untuk menipu rakyat.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan mulai hari ini setelah rayuannya terhadap kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan petang ini.

Keputusan itu sekali gus menamatkan tempoh perkhidmatan Guan Eng, 38, sebagai ahli Parlimen Kota Melaka yang disandang bagi penggal ketiga sejak memenangi kerusi itu pada 1986.

Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Eusoff Chin, Hakim Besar Malaya, Datuk Wan Adnan Ismail dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Zakaria Yatim memutuskan sebulat suara menolak rayuan Guan Eng untuk mengetepikan hukuman penjara tersebut.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan peguam Karpal Singh yang mewakili Guan Eng dan hujah bantahan oleh pihak pendakwa raya yang diwakili oleh Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Azahar Mohamad.

Mohd. Eusoff berkata, panel hakim rayuan menimbangkan dengan amat teliti untuk mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes ini.

Mengikut Perkara 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil rakyat akan hilang kelayakan apabila dihukum penjara setahun atau didenda RM2,000 oleh mahkamah.

Kehilangan kelayakan itu pula menurut Perkara 48(3) boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan sekiranya tidak, pesalah itu hanya layak bertanding dalam pilihan raya selepas lima tahun tempoh hukumannya berakhir.

Guan Eng merayu pada peringkat akhir di Mahkamah Persekutuan selepas dia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Melaka pada 28 April tahun lalu yang mendapati dia bersalah di bawah Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Bagi tuduhan pertama menerbitkan risalah berjudul Kisah Benar yang dikatakan mengandungi fakta-fakta palsu bertajuk, Mangsa Dipenjarakan pada bulan Januari 1995, Guan Eng didenda RM10,000 atau penjara enam bulan.

Dia didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan kedua, menghasut orang ramai dalam satu ceramah umum dengan mendakwa negara ini mengamalkan undang-undang 'berat sebelah' di Hotel Emperor, Jalan Munsyi Abdullah, Melaka, pada 19 Januari 1995.

Dia mempertikaikan undang-undang yang diamalkan oleh Malaysia selepas Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah memutuskan untuk tidak mendakwa Tan Sri Rahim Thamby Chik berhubung satu kes rogol.

Dia melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Mahkamah Rayuan telah mengetepikan keputusan itu dan menggantikannya dengan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap tuduhan dan diperintahkan berjalan serentak.

Menurut Mohd. Eusoff, mahkamah turut meneliti segala hujah Karpal Singh mengenai hukuman penjara melebihi setahun yang mungkin melucutkan Guan Eng daripada jawatan ahli Parlimen menyebabkan rakyat di kawasan Kota Melaka tidak diwakili di Dewan Rakyat sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

''Ini adalah suatu situasi yang malang,'' kata beliau. 
Namun kata Mohd. Eusoff, beliau ingin menegaskan bahawa seorang ahli Parlimen harus sentiasa bertanggungjawab dalam setiap tindak tanduknya dan tidak sepatutnya melanggar undang-undang.

Sekiranya, dia (ahli Parlimen) melakukan demikian maka dia akan didakwa di mahkamah yang mengakibatkan kawasannya tidak lagi diwakili di Parlimen, jelas Ketua Hakim Negara.

Beliau menambah, apabila keadaan itu berlaku, rakyat tidak seharusnya meletakkan kesalahan kepada polis, Peguam Negara atau mahkamah sebab kesalahan itu terletak sepenuhnya pada ahli Parlimen yang melanggar undang-undang.

Menurut Mohd. Eusoff, beliau bersama panel dua hakim yang mendengar rayuan itu telah membaca dan menilai penghakiman dalam perbicaraan kes itu dan juga penghakiman oleh Mahkamah Rayuan.

''Kami dapati isu yang ditimbulkan di hadapan kami merupakan perkara fakta yang sudah dibentangkan di Mahkamah Rayuan. 
Mahkamah itu telah menimbangkan dalam penghakiman setebal 51 muka. Kami tiada alasan kukuh untuk campur tangan dan meminda keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu,'' kata Mohd. Eusoff.

Beliau juga, kata Mohd. Eusoff, tidak mempunyai alasan untuk campur tangan berhubung tempoh hukuman penjara 18 bulan yang telah diputuskan dan dibenarkan berjalan serentak oleh Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan supaya hukuman penjara terhadap Guan Eng berkuatkuasa mulai hari ini.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm#ixzz3xHjJtYUg
Lihat juga video di bawah :


Lim Guan Eng Dipersalahkan bukan kerana mempertahankan wanita. Guan ENg di dapati bersalah kerana menerbitkan berita palsu dan meghasut.Kredit Kandungan: Lim Sian See / MyNationPenang Kini PenangKini 当今槟城 PenangNow 槟城人(Penang Lang) Friends of BN - Barisan Nasional Huan Cheng Guan Friends of BN - Sarawak Friends of BN - Kedah Barisan Nasional Barisan Nasional Barisan Nasional Malaysia
Posted by Malaysian Patriots on Monday, January 11, 2016

Dan jika DAP mendabik dada lagi tentang isu penjara ini, kita boleh gelakkan mereka!




SHARE ke whatsapp :






ikut berdiskusi pada "ISU LIM GUAN ENG DISUMBAT DALAM PENJARA & DAP BOHONG! "

Posting Komentar

Bagaimana pendapat anda tentang cara bisnis online dengan modal kecil sebagai penghasilan sampingan, kawan?